Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label online game. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label online game. Papar semua catatan

19 April 2019

Mobile Legends Bakal Melancarkan Kempen e-Sukan Global

 
Arena pertempuran atas talian berbilang pemain mudah alih atau ‘mobile multiplayer online battle arena’ (MOBA), Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bukanlah nama baharu dalam dunia e-sukan. Dengan catatan angka muat turun melebihi 500 juta dan pengguna aktif seramai 60 juta sebulan di seluruh dunia, MLBB berada pada kedudukan di tangga 10 teratas secara keseluruhan.


Malaysia adalah antara beberapa negara yang akan melancarkan secara sekaligus kempen 515 Unite Day yang berlangsung selama sebulan mulai 21 April ini secara serentak di pelbagai negeri. Pengurus Pemasaran Serantau Moonton bagi Asia Tenggara, Nelson Woon berkata kempen tersebut akan menyatukan pemain dan bukan pemain dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang. “Kami berharap  untuk mendapatkan penyertaan baharu dalam permainan ini dan sepanjang kempen tersebut, mod permainan baharu akan diumumkan di samping kami menentang untuk mengalahkan kegelapan yang melanda,” kata beliau.

Tambah beliau, kempen ini terdiri daripada tiga fasa yang akan mempamerkan trend #515Unite dan #MLBB. Fasa pertama dilancarkan menerusi beberapa kaedah untuk mencuri perhatian orang ramai sebelum fasa kedua bermula yang mana memperkenalkan pemain kostum (‘Cosplayers’) menerusi perarakan trak yang dihiasi lampu LED di seluruh negara. Kemuncak dan fasa ketiga yang bermula pada 15 Mei akan dilancarkan dengan penganjuran acara ‘in-game’. Aca ini akan menonjolkan semua hero MLBB yang bersatu semula untuk menyelamatkan dunia.


Antara iklan acah yang boleh dijangkakan adalah treler yang ditayangkan di pawagam dan media luar atau media luar rumah (OOH), lagu tema 515 Unite dan pertandingan tarian, hadiah percuma yang terdiri daripada patung kecil dan cenderahati, kad Touch ‘N Go 515 Unite edisi terhad, serta piza percuma dan tawaran pizza istimewa oleh Domino’s Pizza Malaysia.

Woon berkata minat Malaysia untuk menjadi hab e-sukan ini didorong oleh bilangan pemain aktif di negara ini yang seramai lima juta hanya dalam MLBB sahaja.

Woon menyedari hasrat Malaysia untuk menjadi hab e-sukan dan minat ini disokong oleh seramai lima juta pemain aktif MLBB di negara ini.

“E-sukan sedang berkembang di Malaysia dan berikutan perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan, kami maklum bahawa Kerajaan amat menyokong e-sukan dan akan memperkenalkan Pelan Induk e-sukan yang akan menguntungkan Malaysia dari segi ekonomi,” kata beliau.


“Majlis Olimpik Asia, khususnya, menyedari bahawa tontonan global dan nilai kandungan e-sukan mendahului sukan tradisional, dan apa yang menyusul seterusnya adalah hasil (contohnya tajaan, kandungan dan hak media, tiket dan cenderahati). Itulah sebab mengapa kami menyenaraikan e-sukan sebagai acara berpingat yang setanding dengan sukan tradisional dalam Sukan Asia tahun lepas (2018) dan Sukan SEA tahun ini (2019),” tambah Woon.

Yakin bahawa dalam jangka masa setahun akan terdapat lebih ramai lagi penonton e-sukan daripada penonton acara sukan tipikal, Woon berkata usahasama dengan PSG dan pelancaran ONE Esports oleh ONE Championships (organisasi seni mempertahankan diri yang bertapak di Singapura) merupakan contoh yang membuktikan e-sukan maju dan berjaya.


Kempen 515 Unite akan bermula di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang pada 21 April sebelum diteruskan ke Alor Setar pada 27 April, di Menara Alor Setar-Aman Central. Ipoh akan menjadi tuan rumah hentian ketiga pada 1 Mei di AEON Station 18 dan, kemudian kempen itu akan mengorak langkah ke Sunway Pyramid, Selangor pada 4 Mei. Domino’s Pizza di Bandar Baru Uda, Johor Bahru akan menjadi tuan rumah kedua akhir pada 11 Mei dan 18 Mei. Kempen 515 Unite Day akan berakhir di Fahrenheit 88, Kuala Lumpur.

Selain itu, Domino’s Pizza Malaysia akan mengadakan ‘Tawaran Pizza 515’ dengan pelbagai peraduan dan ganjaran yang menarik sepanjang tempoh kempen 515 Unite di semua 238 rangkaiannya di seluruh negara.

Direka oleh Moonton, permainan ini tersenarai sebagai acara berpingat dalam Sukan Asia Tenggara (SEA Games) 2019 yang dijadualkan berlangsung bulan November ini di Filipina. Pada bulan Februari, kolaborasi dengan pasukan bola sepak Perancis popular, Paris Saint-Germain (PSG) telah diumumkan yang mana PSG mengumumkan pasukan Mobile Legends mereka, PSG.RRQ.







Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter