Jumlah Paparan Halaman

11 Julai 2019

Banyak Sangat Pembekal e-Wallet di Malaysia Kenapa Tidak Disatukan

Posted by   on

Kat Malaysia ni terlalu banyak sangat aplikasi e-wallet yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Tahu negara dalam era cashless tapi kenapa tiada inisiatif untuk menyatukan semua e-wallet ini dengan satu perhubungan yang boleh diguna pakai seperti mana kad ATM. Jom kita senaraikan beberapa pembekal e-wallet yang ada di Malaysia ini sahaja.


1) TouchNGo
2) Grab Pay
3) Maybank Pay
4) Boost
5) Wechat Pay
6) Lazada E-Wallet
7) Samsung Pay
8) Sarawak Pay
9) Big Pay
10) VCash
11) Kipple Pay
12) Fave Pay
13) Ali Pay


Kalau kad ATM pihak MEPS bertanggung jawab untuk menyatukan semua kad boleh digunakan di semua mesin ATM. Cuma dikenakan kadar cas yang berpatutan sahaja. Tapi adakah e-wallet juga boleh buat macam tu agar memudahkan pengguna. 

Mungkin juga boleh dijadikan seperti itu untuk peranan dan fungsi e-wallet. Bukan tak baik ada banyak aplikasi ini kepada pengguna memang tapi ia ada yang boleh ditambah baik dari segi perhubungan. Sekiranya lepas ini makin bertambah aplikasi e-wallet tidak mustahil satu masa nanti akan penuh dalam telefon pintar kita dengan semua aplikasi e-wallet kerana tiada penyatuan.

Juga akan beri kesan kepada pengusaha dan pemilik kedai kerana sekarang ini korang boleh lihat bila pergi mana-mana kedai tak kisahlah kedai runcit atau kedai makan penuh dengan sticker atau juga petanda aplikasi yang mereka ada untuk pengguna membuat pembayaran. Tidak kah ini akan mengelirukan pengguna juga nanti.

Bukan tidak baik tapi perlu kepada pengurusan yang lebih bagus agar satu masa tidak menyusahkan penguna juga dalam memberi kemudahan teknologi. Sebab kebanyakan fungsi e-wallet hampir sama dan juga hanya beza adalah jenama sahaja. Mungkin boleh lihat perkara ini lebih dalam lagi selepas ini. 








Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter