Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Online. Papar semua catatan

13 September 2019

Cara Nak Beli Tiket Zoo Negara, Legoland Malaysia Dan Aquaria Lebih Murah

 
Cuti sekolah dah dekat ni dan juga anak-anak ramai dah habis peperiksaan seperti UPSR dan juga peperiksaan akhir tahun. Sekarang masa yang sesuai untuk ibu bapa merancang untuk percutian yang lebih bermakna dengan anak-anak. Kalau nak bawa bercuti luar negara mungkin kos agak tinggi. Jadi plan sahaja bercuti dalam negara dan di negara kita juga banyak tempat menarik seperti Zoo Negara di Kuala Lumpur, taman tema Legoland di Johor dan juga Aquaria di KLCC.


Sebenarnya ada cara bagaimana nak mendapatkan tiket untuk memasuki tempat pelancongan yang telah dinyatakan tadi dengan murah dan juga mudah tanpa perlu bebaris panjang dan juga buat tempahan di kaunter. Ramai orang tak tahu rahsia ini dan kalau anda dah tahu nanti boleh kongsikan bersama kawan-kawan yang nak pergi bercuti tempat-tempat menarik ini.

Zoo Negara Kuala Lumpur

Zoo Negara mempunyai keluasan 110 ekar tanah yang mempunyai lebih daripada 5137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Waktu operasi zoo adalah dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan dibuka setiap hari. Harga biasa tiket untuk dewasa warganegara Malaysia RM45.00. Manakala kanak-kanak warganegara RM18 dan warga emas RM23. 


Tapi kalau beli secara atas talian di Tiket Zoo Negara ini anda boleh dapat harga jauh lebih murah dan juga tidak perlu bebaris panjang di kaunter. Menjimatkan wang dan juga masa untuk sebarang aktiviti hujung minggu bersama keluarga. Tiket juga termasuk dengan pameran Panda yang pertama di Asia Tenggara. Tiada limit untuk membeli tiket masuk ke zoo negara di sini. 

Legoland Malaysia

Legoland Malaysia adalah taman tema Lego yang pertama dibuka di Asia dan juga mempunyai lebih daripada 15,000 model LEGO yang dibuat daripada lebih 60 juta bungkah LEGO. Di Legoland ini terdapat 3 tarikan utama iaitu Theme Park, Taman Air dan Hotel di dalam satu kawasan. Terletak  di Bandar Nusajaya Johor lebih kurang 18km dari bandar Johor Bahru. 


Harga asal tiket masuk satu taman Theme Park sahaja mencecah RM231 untuk pemegang MyKad. Tapi kini boleh dapatkan harga promo denga Tiket Legoland Malaysia di sini. Lebih murah dan juga tidak perlu untuk menunggu lama berbaris di kaunter tiket kerana pasa musim cuti sekolah memang ramai pelancong dari dalam dan luar negara berkumpul bersama keluarga di sana.

Aquaria KLCC


Satu-satunya tempat di Kuala Lumpur yang mempunyai pameran yang menakjubkan dari 50,000 species dan makhluk akuatik yang tersebar luas di sekitar 60,000 persegi. Terletak di bangunan KLCC yang menjadi lambang ikonik negara begitu mendapat tumpuan ramai. Aquaria dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Normal price tiket adalah RM49 untuk pemegang MyKad.


Sekarang ni boleh dapat harga juah lebih murah dan mudah dengan Tiket Aquaria KLCC di sini. Seperti biasa tiada perlu bebaris panjang dan menunggu lama untuk mendapatkan tiket anda. Malah harga jauh lebih murah kalau dibeli  untuk rombongan beramai-ramai. Sangat sesuai untuk mendidik dan juga mengahabiskan masa bersama anak-anak sambil mereka boleh belajar dan mengenalai pelbagai kehidupan dasar laut. 








16 Julai 2019

Hanya Guna Aplikasi Telefon Pintar Boleh Dapat Duit Dengan Mudah

 
Tidak dinafikan zaman sekarang ni orang yang berada di rumah sahaja pun boleh buat duit tanpa perlu pergi ke pejabat. Salah satunya dengan menggunakan sosial media yang begitu popular sekarang ni seperti Instagram, Youtube, Facebook dan terbaru TikTok. Jadi tiada alasan untuk kita tidak menjana duit melalui semua itu tak perlu modal yang banyak hanya perlu sebuah telefon pintar dan juga talian internet yang stabil.


Kini dalam telefon pun dah ada banyak aplikasi yang boleh kita daftar untuk mendapat duit. Memang nampak macam leceh tapi daripada tiada langsung sekurang-kurangnya kita berusaha. Biar sikit lama-lama jadi bukit kerana saya juga telah cuba beberapa aplikasi yang dapat menjana pendapatan ini. Jom kita lihat beberapa aplikasi yang korang boleh muat turun dan kumpul duit.

1) JAG


Aplikasi ini paling banyak korang boleh kumpul duit dengan cepat mengikut langkah-langkah yang diberikan. Kalau korang perlu buat task yang perlu kongsi kat sosial media hanya upload sahaja dan submit link yang diperlukan. Ada juga tugasan yang memerlukan kita share kat whatsapp atau wechat. Setiap task ada harga yang ditetapkan makin banyak kita buat makin besar nilai yang akan ditawarkan. Korang boleh muat turun aplikasi JAG kat sini nanti daftar percuma seperti biasa dan boleh terus dapat duit.


2) Cashzine


Ini satu lagi aplikasi yang paling mudah untuk anda dapat duit. Caranya anda hanya perlu membaca beberapa artikel yang diberikan dan secara automatik akan masuk point dalam akaun anda. Kalau nak lebih lagi boleh kongsi artikel tersebut kat sosial media anda. Jadi tunggu apa lagi kalau ada masa lapang baca artikel yang diberikan dan dapat duit. Muat turun Cashzine kat sini dan terus mendaftar percuma.

3) Fuhla


Kalau aplikasi ini pula korang tugasnya adalah memuat turun aplikasi lain yang dipromote dalam Fuhla tersebut. Korang diberi tempoh sehingga 30 hari selepas itu baru boleh uninstall aplikasi tersebut. Setiap aplikasi yang dimuat turun akan diberi bayaran mengikut jenis. Makin banyak aplikasi yang korang muat turun makin banyak boleh kumpul duit.


Semua aplikasi ini adalah percuma hanya perlu kepada usaha dan juga kerajinan anda untuk mengikut tugasan dan syarat yang ditetapkan. Sebab itu orang kata kalau nak seribu daya tak nak seribu dalih. Zaman sekarang orang yang malas sahaja kat tak boleh jana duit. Melalui telefon pun dan boleh kumpul duit. Saya sendiri dah cash out lebih daripada RM1000 untuk ketiga-tiga aplikasi ini. Korang bila lagi. Cuba lah sekarang.



17 Jun 2019

HARI RAYA Adalah Pemangkin Rakyat Malaysia Untuk Mengurangkan Sisa Makanan

 
Carousell, salah satu daripada pasar iklan baris terbesar dan paling pantas di dunia, menjalankan kaji selidik dalam aplikasinya yang menarik seramai 1,724 responden mengumpul beberapa pandangan ke dalam pembersihan rumah tradisional atau meremehkan semasa Ramadan sebagai persediaan untuk perayaan Hari Raya. 94% responden berkata pembersihan rumah adalah urusan tahunan yang menjalin hubungan yang lebih baik antara ahli keluarga.


Ibu bapa tetap menjadi pemandu utama untuk memulakan pembersihan dengan 35% daripada responden yang mengatakan bahawa pengisytiharan terutamanya dimulakan oleh ibu bapa mereka. Sementara itu, pembersihan diri yang dimulakan sendiri (26%), dipimpin oleh pasangan (19%) atau adik perempuan (19%).

Pakaian lama (96%), perabot (58%) dan peralatan dapur (56%) adalah tiga kategori utama yang biasanya digantikan untuk musim perayaan.

"Pelupusan barangan yang tidak dikehendaki dan tidak digunakan secara beransur-ansur mengurangkan kerana rakyat Malaysia lebih dilengkapi dengan pengetahuan kitar semula dan menjual semula barang-barang ini di Carousell. Walaupun jumlah barang yang dibeli tetap agak ketara, kami digalakkan untuk mengetahui bahawa lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan platform kami untuk memberikan barang-barang ini kehidupan baru, dan juga untuk mendapatkan lebih banyak semasa musim perayaan, "kata Tang Siew Wai, Ketua Negara Carousell Malaysia.


Menariknya, sementara 28% responden tinjauan mengatakan mereka akan membuang barang-barang lama yang tidak digunakan ke dalam tong sampah atau kitar semula, majoriti responden (lebih 54%) berkata mereka menjual barang-barang yang tidak digunakan di Carousell sementara bakinya mengatakan mereka akan menyimpannya.

Antara kategori teratas yang disenaraikan dan diperdagangkan semasa sambutan Hari Raya tahun ini ialah pakaian wanita, pakaian lelaki, beg dan dompet, yang mengambil sejumlah 107,077 penyenaraian dan 40,563 transaksi.


39% daripada mereka yang menjual di Carousell menyimpan wang yang mereka hasilkan dalam simpanan mereka, sementara hampir 35% mengatakan mereka membeli Baju Raya baru. Sedikit lebih 11% responden berkata mereka memberikan wang itu sebagai Duit Raya.

Pada awal April, platform itu melancarkan kempen digital Mari Ber-Carousell yang memperlihatkan selebriti tempatan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menganggap Carousell sebagai persediaan untuk Hari Raya Aidilfitri di mana dalam masa kurang dari tiga minggu, video kempen memperoleh lebih 3.6 juta pandangan di YouTube.


"Adalah gembira untuk melihat musim perayaan menjadi pemacu yang kuat untuk mengurangkan sisa, sambil memperoleh pendapatan tambahan. Kami menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk kreatif dan membuat tradisi untuk setiap musim perayaan, "tambah Tang.


Untuk maklumat lanjut mengenai Carousell, pergi ke https://my.carousell.com atau muat turun aplikasi Carousell dari Apple Store atau Google Play Store.









12 Jun 2019

Awas berhati-hati Dengan Penipuan Pembelian Dalam Talian Ini

 
Dalam zaman yang makin canggih dan juga makin moden kes penipuan dalam talian juga ikut sama berkembang. Kini mereka makin berani membuat jualan barangan secara terbuka di laman web mahupun laman sosial media. Baru-baru ini ramai orang sudah terkena dengan penipuan jualan dalam talian di laman seperti di bawah ini. 

Laman sesawang : https://www.bootes.online
Laman Facebook : https://www.facebook.com/Bootesstore
Laman Instagram : https://www.instagram.com/hi_bootes



Modus operandinya mudah sangat membuat promosi jualan menggunakan sosial media dengan meletak harga yang murah giler-giler dan kemudian letak gambar barang yang bagus dan berkualiti. Bila kita terpedaya dan mula tertarik kemudian kita akan buat pembelian atas talian atau COD.



Lepas tu tunggu barang sampai dan bila sampai sangat kecewa kerana barang yang dihantar langsung tidak sama seperti mana yang kita lihat. Seperti saya sendiri terkena juga dimana saya buat pembelian produk "Mobile 3-Axis Handheld Smartphone Gimbal Stabilizer" dengan harga yang gilerr murah RM185 sahaja. Tapi bila barang sampai hanya "Selfie Stick Integrated Tripod K07" yang berharga RM18 sahaja kalau beli kat laman sesawang lain.



Setelah tersedar tentang perkara seperti ini saya buat aduan kat Email yang diberi dan juga laman Facebook mereka namun tiada tindak balas untuk membuat pertukaran atau pemulangan wang semula. Malah saya disekat daripada untuk menghantar aduan kepada laman Facebook mereka. Jadi rasa kecewa dengan tindakan mereka saya buat semakan di internet dan mendapati rupanya ramai orang lain diluar sana juga telah tertipu dengan jualan melalui laman web yang sama. Boleh lihat aduan beberapa pembeli lain. (Gambar dan nama terpaksa ditutup demi keselamatan).





Saya pun akui tersilap dan terpedaya dengan promosi mereka dan tidak buat semakan terlebih dahulu tentang laman ini. Perkara yang perlu kita semak sebelum buat pembelian online adalah:-

1) Ketahui kat mana lokasi dan asal usul laman jualan tersebut
2) Kenal pasti No Tel, Email atau sebarang contact yang jelas tentang laman yang kita nak buat pembelian tersebut. 
3) Semak sebarang testimoni dari pelanggan yang pernah buat pembelian dalam laman tersebut.

Setelah saya dapati laman ini meragukan dan saya mengambil keputusan untuk buat tindakan seperti beritku mengikut saluran yang betul.

Pertama buat aduan di Laman Facebook 


Kita boleh buat report kepada laman Facebook mana-mana page yang membuat penipuan seperti ini. Korang boleh ikuti step seperti dibawah. Makin banyak aduan yang dibuat makin cepat tindakan daripada pihak Facebook terhadapt laman page ini.




Kedua buat aduan di Laman Instagram


Kita juga boleh report tentang penipuan di laman Instagram seperti ini. Korang boleh ikut step by step yang saya sertakan untuk report laman Instagram mereka. Ini akan menyekat mereka agar boleh buat sebarang promosi atau iklan sekiranya dapat banyak report tentang penipuan mereka.



Ketiga buat aduan kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia)


Ini pun satu tindakan yang penting kita perlu buat aduan kepada SKMM agar mereka dapat mengambil tindakan kepada penipuan secara dalam talian ini. SKMM atau MCMC adalah badan yang bertanggugjawab mematau semua jenis online tak kira laman sesawang, social media dan juga peralatan teknologi. Buat aduan di laman sesawang https://aduan.skmm.gov.my



Keempat buat aduan kepada CFM dan CMCF


Ini pun juga adalah tempat yang paling tepat untuk kita buat sebarang aduan tentang seberang penipuan atau juga salah guna laman sesawang, sosial media dan juga online. Korang boleh buat aduan seperti di bawah ini.



Jangan kita buat report kat Aduan Rakyat 3.0 pulak hehehehe.

Kita perlu ambil tindakan kepada pihak yang suka buat penipuan dan palsu ini kerana ia dah menjadi wabak sekiranya tidak dibendung. Jangan upload dan sebar kat sosial media rasa tidak puas hati kita kerana ia hanya akan memburukan lagi keadaan. Tapi kena buat aduan disaluran yang betul biar pihak berwajib ambil tindakan sewajarnya. Sekiranya semua saluran yang betul kita dah buat tetap tidak ada tindakan juga maka caranya barulah boleh viralkan kat laman sosial itu adalah last pilihan yang kita ada.

Harap dengan pendedahan sedikit sebanyak ini dapat memberi pengetahuan kepada semua agar tidak terus tertipu dengan penjualan secara dalam talian yang kita tidak tahu asal usulnya. Lebih baik kita periksa dulu dan kenal pasti bahawa mereka adalah laman yang sebenar atau tidak. Jangan jadi seperti saya yang dah kena tipu baru nak sibuk buat aduan. Banyak juga saya kena tipu dengan laman ini hati-hati lah semua ok.













28 Mei 2019

Cintaku Aplikasi Dating Muslim Percuma Patuh Syariah Ke?

 
Cintaku membantu menyambungkan umat Islam mewujudkan hubungan dan terus ke ambang perkahwinan yang bermakna.tinggal empat hari sebelum pelancaran Cintaku


Ciri-ciri aplikasi Cintaku :

- Cari jodoh Muslim berhampiran anda dengan mudah
- Gambar profil yang tulen dan berkualit tinggi sahaja
- Chat, favorite, dan kongsi gambar peribadi (private photo)
- Perlindungan penuh privasi dan maklumat anda
- Sama ada anda mencari teman hidup atau ingin berbual kosong dengan kawan baru

Cintaku adalah app #No. 1 di Malaysia.

Ikut langkah-langkah mudah ini untuk menikmati Cintaku:

Layari https://cintaku.com untuk mendapatkan pautan jemputan, kemudian "Pre-Order" app tersebut. Pada tanggal 3hb June 2019, anda akan menerima notifikasi dan app Cintaku akan muat turun secara automatik.

Buka app Cintaku, daftar profil anda, dan mula chatting dengan pengguna lain. Kongsi Cintaku dengan kawan-kawan anda sempena Hari Raya ini dan hebatkan lagi profil anda! Jangan lupa, anda perlu “Pre-Order” aplikasi Cintaku secara percuma. Cintaku adalah 100% percuma.








23 Mei 2019

Bayaran Menggunakan E-Dompet Boost Di Semua Restoran KFC Seluruh Malaysia

 
E-dompet tempatan Boost dan KFC mengumumkan bahawa pembayaran melalui Boost kini diterima di cawangan KFC seluruh negara, memudahkan pelanggan menikmati hidangan menjilat jari di bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri, tanpa kerumitan. Kerjasama ini juga bertujuan memperkasakan landskap pembayaran tanpa tunai yang kian berkembang di Malaysia dengan kemudahan e-dompet.


Pihak kami sentiasa mencari peluang bagi mengukuhkan pengalaman digital pengguna dan melengkapi gaya hidup mereka. Kerjasama dengan KFC membolehkan kami meluaskan kebolehcapaian, ketersediaan dan kemudahan tambahan agar penduduk Malaysia mengamalkan gaya hidup tanpa tunai dengan Boost, sambil menerima ganjaran tunai kembali,” kata Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital Services, syarikat induk Boost.

Kerjasama dengan rakan niaga yang sealiran seperti KFC ialah peluang berharga, membolehkan kami melangkah seiring dan membina sinergi bagi memudahkan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai di seluruh negara,” tambah Khairil.

Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Pengarah Urusan di QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata, ”Sebagai pengendali rangkaian restoran perkhidmatan pantas terbesar di Malaysia, kami perlu peka tentang perkembangan sezaman dan mengetahui perubahan dalam kegemaran dan tingkah laku konsumer. Ini supaya kami bersedia dengan rangka kerja dan strategi sewajarnya untuk memenuhi permintaan pelanggan yang kian berubah. Dalam memenuhi peranan ini, kami telah mengintegrasikan beberapa kemudahan dan saluran pembayaran digital di restoran-restoran kami, sesuai dengan langkah tekad kami ke arah masa depan yang lebih bersepadu dan ‘seamless’ buat manfaat pelanggan.”


Dompet digital semakin menjadi pilihan ramai kerana faedah yang ditawarkan kepada pengguna, dan selari dengan misi kami untuk selalu menawarkan perkhidmatan bernilai tambah kepada pelanggan. Kerjasama dengan e-dompet terbesar di Malaysia, Boost, memacu kelebihan kompetitif kami dalam trend tanpa tunai yang semakin berkembang. Kami berharap pelanggan kami akan menikmati pengalaman menjamu selera yang lebih meriangkan, dengan adanya kemudahan Boost di KFC.”

Bagi meraikan kerjasama baharu ini, Boost dan KFC menghadiahkan penduduk Malaysia rebat tunai RM5 dengan pembelian minimum RM 20 menggunakan Boost di semua cawangan KFC sehingga 31 Mei 2019.

Boost merupakan e-dompet terbesar di Malaysia hari ini, dengan 4 juta pengguna dan lebih daripada 80,000 titik sentuhan jualan dalam talian dan luar talian di seluruh negara. Selain perkhidmatan “Scan & Pay” di keai runcit dan F&B, pasar malam dan ‘food truck,’ pengguna boleh melakukan pelbagai urusan, seperti membayar caj meletak kereta di atas jalan dan bil perkhidmatan, membeli tiket bas dan keretapi serta membeli tiket wayang dan menyumbang kepada NGO melalui derma tanpa tunai.









Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter