Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label TV AlHijrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TV AlHijrah. Papar semua catatan

28 Disember 2019

TV ALHIJRAH Menerokai Batasan Perluas Dakwah Melalui Platform Digital

 
Seiring dengan era ledakan Revolusi Industri Keempat (4IR), TV AlHijrah menggalas peranan dan tanggungjawab yang amat penting di dalam memastikan masyarakat terus maju berlandaskan panduan agama dan nilai murni yang sebenar.


Untuk terus kekal releven, keberadaan TV AlHijrah di dalam persada penyiaran tanah air bukan sahaja tertumpu kepada platform penyiaram televisyen, malahan stesen ini turut mengekalkan momentum siaran dengan memantapkan kandungan-kandungan programnya di platform digital.

Menurut Ketua Unit Digital dan Media Baharu, Encik Mohd Fairos Ibrahim, “TV AlHijrah kini memperkenalkan beberapa segmen baru di platform media sosial iaitu di laman Facebook dan Instagram. Penambahbaikan ini dilaksanakan sejurus trend terkini membuktikan bahawa golongan Gen-Y adalah merupakan penonton aktif yang menggunakan platform digital bagi mendalami ilmu-ilmu agama yang bermanfaat”. Jelas Fairos.


“Kami turut menerima banyak permintaan untuk memperkasakan kandungan rancangan-rancangan TV AlHijrah di platform digital. Oleh yang demikian, beberapa kajian telah dilaksanakan baru-baru ini bagi mengkaji kesesuaian durasi setiap rancangan, bentuk dan variasi kandungan yang menepati kehendak penonton TV AlHijrah”. Ulas Fairos panjang lebar.

Sebagai permulaan, TV AlHijrah melancarkan empat segmen baru di platform Facebook bagi memenuhi kehendak penonton setianya. Segmen-segmen tersebut adalah Segmen CubaTry, Segmen Ini Cerita Saya, Segmen Med101 dan Segmen Jalan Mana Tu. Kesemua kandungan segmen-segmen ini mensasarkan misi mendidik, menghibur dan menyatupadukan seluruh ummah.


CubaTry adalah segmen ‘’Food Review’’ bersama hos terkenal Hanan Abdul Rahman yang juga merupakan pengacara rancangan pagi Assalamualaikum di TV AlHijrah. Secara santai, Hanan akan memperkenalkan pelbagai variati makanan dan minuman yang disediakan oleh restoran-restoran yang diterjah beliau sekitar lembah Klang.


Manakala kapsul Ini Cerita Saya memaparkan temubual kisah menarik figura-figura terkenal yang memberi nilai tambah kepada kehidupan penonton. Antara kisah yang memberi inspirasi dan dekat di hati masyarakat adalah kisah Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang yang menabur budi dan bakti buat masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama anutan.

Selain itu, TV AlHijrah turut memilih untuk menyiarkan Rancangan Med101 di platform Facebook. Med101 adalah kapsul yang memberi tips-tips kesihatan yang bermanfaat dan terkini sebagai panduan kepada ibubapa moden di era teknologi ini.


Jalan Mana Tu pula membawa penonton menerokai dunia dan tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga dan sahabat handai. Banyak tips-tips dan perkongsian menarik yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada penonton untuk membuat pilihan percutian.


Apa yang penting, kesemua kandungan tersebut dipastikan selamat dan autentik, sahih dan tidak mengaibkan mana-mana pihak. Selain disuntik ilmu, pemikiran kritis dan bermanfaat untuk dihadam oleh pengunjung laman sosial, ia juga sentiasa terkini sesuai dengan sifat media sosial yang perlu sentiasa pantas dan segar.

Sebagai tambahan, TV AlHijrah turut giat memuatnaik rancangan berbentuk klip ceramah, berita dan isu semasa padat berdurasi kurang lima minit, poster nasihat, serta pelbagai rancangan yang disesuaikan dengan platform media digital.

Jadi, untuk mendapatkan maklumat terkini serta menikmati rancangan dan perkembangan semasa dunia dan tanah air, jangan lupa untuk “Like” dan “Follow” laman sosial Facebook TV AlHijrah dan Instagram TV AlHijrah. Juga jangan lupa, hebahkan kedua-dua laman sosial kepada mereka yang anda sayang. Benda baik perlu ditularkan, betul tak?









Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter