Kita hari2 menghasilkan sampah yang tidak digunakan dan kita tidak tahu bagaimana sampah itu dihapuskan. Sedangkan kita yang buang dan kita yang hasilkan. Sepatutnya kita kena tahu kemana sampah itu pergi dan apa yang jadi kalau ia tidak diuruskan dengan sebetulnya. Tapi kita takut pula bila sampah itu hendak dihasilkan sesuatu yang berguna kepada negara.
Jadi jom kita kenal lebih dekat dengan teknologi Waste To Energy yang cuba diketengahkan oleh kerajaan Malaysia dalam menguruskan sisa pepejal yang terlalu banyak di negara kita.
Kerajaan Malaysia bercadang untuk membina Loji Waste To Energy yang menggunakan teknologi terkini dan terbukti sebagai salah satu penyelesaian dalam merawat sisa pepejal di Malaysia.
Loji Waste To Energy merujuk kepada kemudahan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang merawat sisa bagi menghasilkan tenaga seperti elektrik, haba dan bahan api bagi kenderaan (contohnya diesel). Malah penggunaan Loji WtE dalam merawat sisa dilihat pendekatan yang idea kerana bertepatan dengan keutamaan di dalam hirarki pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Maklumat lanjut boleh baca di blog yang menceritakan bagaimana sisa ditukar menjadi tenaga ini.
Peningkatan jumlah sisa pepejal secara mendadak, keperihatinan terhadap isu alam sekitar dan kesihatan awam, persaingan guna tanah dan keperluan menjana tenaga dibaharu menjadi faktor utama sesebuah negara memilih teknologi Waste To Energy bagi merawat sisa pepejal.
LOJI WASTE TO ENERGY vs TAPAK PELUPUSAN
CADANGAN TAPAK PROJEK BAGI PEMBINAAN LOJI WASTE TO ENERGY
DI MALAYSIA
Dapatkan maklumat lanjut tentang teknologi WtE ini di laman sosial media
Facebook : Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
Twitter : twitter.com/jpspn_kpkt
Tiada ulasan:
Write comments