Jumlah Paparan Halaman

12 April 2016

Meraikan Ulang Tahun Pertama 11street’s Dengan Shocking Deals Khas Untuk Rakyat Malaysia

Posted by   on

11street (www.11street.my), e-mall Malaysia paling mengujakan meraikan ulang tahun pertamanya dengan membawakan tawaran Shocking Deals to Life, sambutan yang bertemakan karnival bagi berkongsi kegembiraan dalam berjimat serta membeli belah atas talian, sebagai tanda penghargaan kepada pengguna atas sokongan padu mereka sejak pelancarannya pada 11 April 2015.
 
 
CEO 11street, Hoseok Kim berkongsi demi bergerak ke hadapan, 11street mensasarkan untuk terus memperluaskan asas pelanggan dan meningkatkan pengalaman pengguna sedia ada dengan seksyen Shocking Deals* yang diperbaharui malah dioptimumkan untuk aplikasi mudah alih dengan pelbagai tawaran bagi mengekang kemelesetan ekonomi. 
 
“Rakyat Malaysia sentiasa berhemat dan mencari nilai terbaik untuk wang mereka. Menjanjikan penawaran harga paling rendah, iaitu tawaran atas talian hanya dengan 11street, kami mempertingkatkan seksyen tawaran mengejut kami dengan ciri baharu bagi memudahkan mereka membeli belah atas talian serta memenuhi tujuan membantu rakyat Malaysia untuk berjimat. Ini termasuk tawaran ekslusif aplikasi mudah alih dengan signifikasi tanda penurunan dan diskaun, top 100 tawaran jualan panas, keupayaan pengelasan terbaharu yang menampilkan item penghantaran percuma, dan banyak lagi”, tambah Kim. 
 
Memperkenalkan Celcom Xpax’s Reload Savings untuk Magic SIM 
 
 
Pada karnival ulang tahun pertamanya, 11street turut mengumumkan kerjasama dengan XPax, jenama unggul prabayar untuk belia di bawah Celcom Axiata Berhad dengan melancarkan 10% Penjimatan Pra-bayar Ekslusif Sepanjang Tahun untuk Magic SIM sebagai sebahagian daripada Shocking Deals, di mana pelanggan baharu Magic SIM boleh menikmati lebih banyak kredit dengan Shocking Deals yang mengujakan ini.
 
Kim berkata, “Kerjasama ini tepat pada masanya dan bermanfaat bagi membantu rakyat Malaysia untuk lebih berjimat memandangkan peningkatan kos sara hidup kerana 2016 dijangka menjadi tahun yang amat mencabar. Berkongsi pandangan yang sama, kedua-dua 11street dan Celcom Xpax komited untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia pada harga yang kompetitif”. 
 
Pada acara itu, Ketua Pemasaran & Pegawai Jualan Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, “Kini, hampir 80% daripada pelanggan Celcom adalah pengguna prabayar. Bagi memanfaatkan pengguna kategori ini dan juga untuk menarik lebih ramai pelanggan prabayar, promosi sepanjang tahun kami menawarkan  penjimatan yang mengejutkan. Sebagai contoh, jika sebuah keluarga seramai 5 orang membelanjakan minimum RM200 seorang untuk bil telefon, 10% daripada perbelanjaan tersebut akan terkumpul sehingga RM1,200 dalam tempoh setahun. Ini adalah caranya bagaimana kami menumpukan dalam membawa perkhidmatan terbaik buat pelanggan Malaysia dengan menawarkan tawaran-tawaran yang lebih menarik”, katanya. 
 
“Bekerjasama dengan 11street akan memperluaskan lagi ruang bagi pelanggan-pelanggan kami untuk mendapatkan produk kami. Melalui saluran ini, kami ingin mewujudkan lebih banyak permintaan untuk Magic SIM dari Xpax, produk talian mudah alih yang menawarkan lebih kredit dan lebih internet selain menambahkan asas pelanggan talian mudah alih kami. Tambahan pula, promosi penjimatan tambah nilai sepanjang tahun akan memanfaatkan para pelanggan kami,” tambahnya lagi.
 
Magic SIM yang baru boleh dibeli melalui aplikasi 11street yang membolehkan pengguna menikmati diskaun 10% untuk setiap tambah nilai di 11street bagi 12 bulan akan datang.  
 
Memperkenalkan Duta Baru 11street – Zizan Razak dan Elizabeth Tan 
 
 
Selain daripada pelancaran promosi ekslusif simpanan tambah nilai, kedua-dua duta baharu jenama, Zizan Razak, pelakon dan penghibur berbakat tempatan dan Elizabeth Tan, bintang buah hati Youtube yang kini seorang penyanyi membuat penampilan pertama mereka pada sambutan ulang tahun pertama 11street. 
 
“Walaupun usia kami baru setahun, impian kami adalah untuk melangkah lebih jauh dan sebab itulah kami memilih dan menyambut Elizabeth dan Zizan ke dalam keluarga kami yang semakin berkembang ini. Mereka adalah kunci untuk membuka perjalanan kami untuk lebih dekat kepada pengguna di Malaysia bagi memenuhi keperluan dan keinginan membeli belah mereka.”
 
“Melihat kedua dua Zizan dan Lizzy, jenama segar dan dinamik seperti 11street boleh dikaitkan dengan keremajaan serta tenaga yang menyerlah melalui minat dan semangat mereka yang tidak mudah tunduk dan boleh melakukan apa saja. Berikutan dengan aura positif mereka berdua, kami percaya duo ini akan membawa 11street ke tahap yang lebih tinggi dan disayangi oleh semua rakyat Malaysia seperti sekarang”, kata Kim.
 
Sambil menikmati karnival penuh keriangan dan kejutan seperti permainan menarik, kupon, dan aktiviti, enam pemenang bertuah peraduan “Fly high LIKE A STAR with 11street” (Terbang tinggi SEPERTI BINTANG bersama 11street) telah diumumkan pada acara tersebut. Pemenang-pemenang bertuah ini memenangi peluang mengikuti pengalaman menaiki helikopter dan seterusnya menikmati sesi makan malam intim bersama kedua duta jenama 11street, Zizan dan Elizabeth.
 
Selain daripada itu, sebagai hadiah kepada pelanggan setia aplikasi 11street, 11street juga turut melancarkan “11 Days of Shocking Giveaways” dengan tawaran yang sangat menarik pada harga yang cukup rendah. Sepanjang kempen ini, kupon mengejutkan akan disediakan setiap hari untuk jenama-jenama popular, termasuk BHPetrol, Caring Pharmacy, Laneige, Melissa Shoes, OPPO, Seagate, Tefal, TGV dan banyak lagi. Kempen “11 Days of Shocking Giveaways” pasti akan memukau rakyat Malaysia 11street meraikan ulang tahun pertama dengan banyak perkara yang pasti akan mengejutkan!





Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter