Platform pulangan tunai (Cashback) ShopBack mendedahkan akan membawa kembali Hari Cashback 9.9 kepada pembelinya pada 9 September. Acara selama 24-jam itu mengumpulkan 35 e-dagang dengan Chatime dan Shoppu yang baru menyertai, di mana ia menawarkan peningkatan diskaun dan lebih banyak Cashback di aplikasi ShopBack Malaysia dan gerbang online.
Berasal dari Amerika Syarikat, ShopBack membawakan model Cashback ke Asia tenggara pada 2014, dengan sasaran untuk membantu semua orang mendapatkan lebih penjimatan menerusi pembelian online. 9 September merupakan tarikh ShopBack Singapura ditubuhkan – kehadiran pertamanya yang menjadi simbol ketibaan konsep Cashback ke rantau ini.
Beliau turut menyatakan syarikat telah membolehkan pembeli di Malaysia mengeluarkan sebanyak RM5.4juta, dengan jumlah tertinggi yang diterima oleh seorang pembeli adalah lebih sedikit dari RM17,000 pada Jun tahun ini. Pertumbuhan syarikat yang stabil telah membawakan kerjasama yang sangat mengujakan dengan jenama isi rumah seperti Tesco dan Chatime, yang menyaksikan Cashback sebagai pendekatan pemasaran yang mampan dan bersedia memberi ganjaran kepada pembeli setia dalam kehidupan seharian menerusi perkembangan e-dagang.
Selain kategori seperti Elektronik, Pelancongan, Kecantikan, Fesyen dan Barangan Runcit, ShopBack juga melihat potensi di dalam syarikat yang menyediakan servis yang meningkatkan gaya hidup rakyat Malaysia seperti Aneka DIY, BusOnline Ticket, dahmakan, mytayar, dan lain-lain.
Menambah kegembiraan dalam acara tersebut, ShopBack telah menyediakan pra-tawaran 9.9 dan pertandingan Facebook kepada orang ramai sejak 1 September. Acara selama satu hari ini disokong oleh AirAsiaBig dan juga Maybank. Nantikan kemunculan https://www.shopback.my/99 untuk tawaran terkini.
Tiada ulasan:
Write comments