Jumlah Paparan Halaman

11 September 2016

Note 7 Diharamkan Dalam Semua Penerbangan MAS Termasuk Kurier Kedalam Dan Luar Negara

Posted by   on

Malaysia Airlines (MAS) telah mengeluarkan kenyataan larangan penggunaan telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 kepada semua penumpang pesawat penerbangannya berkuat kuasa serta merta.


Selain kenyataan menerusi media, pengumuman larangan penggunaan telefon pintar tersebut turut dimaklumkan oleh kru penerbangan ketika taklimat keselamatan sebelum berlepas dan sepanjang penerbangan.

Menurut pihak MAS, keselamatan penerbangan dan penumpang menjadi keutamaan berhubung larangan itu.

Selain penggunaan ketika berada di dalam kabin, MAS juga tidak membenarkan Samsung Galaxy Note 7 dibawa di dalam bagasi yang didaftar masuk.


Atas dasar keselamatan juga, pihak MAS tidak membenarkan perkhidmatan penghantaran kurier gajet berkenaan sehingga notis terbaharu dikeluarkan. Selain MAS terdapat juga beberapa syarikat penerbangan dunia seperti Singapore Airlines, Qantas and Virgin Australia telah mengambil tindakan seperti ini. 

Ini semua berikutan dengan isu bateri Samsung Note 7 yang meletup menjadi viral seluruh dunia dan juga penarikan balik jualan telepon itu sementara waktu oleh pihak Samsung sendiri.



*Sumber berita Awani





Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter