Jumlah Paparan Halaman

30 September 2016

Internet, SMS dan Call Tanpa Had Dengan RM79 dari WEBE

Posted by   on

Satu lagi pemain industri jalur lebar negara bakal memberi saingan kepada pembekal sedia ada. WEBE atau dahulunya dikenali sebagai Packet One Network yang dahulunya pengeluar produk P1. Kini dengan pengurusan baru dan wajah baru bakal memberi satu lagi altenatif kepada pengguna tegar internet di Malaysia.


Dengan tawaran harga gila semua tanpa had internet, SMS dan call serendah RM79 sahaja. Tapi ingat WEBE 4G terhad kepada beberapa kawasan sahaja dan sesetengah kawasan tertentu ia hanya menyediakan 2G/3G sahaja.


Tapi kalau anda gunakan sekarang bagi pendapat sesetengah orang memang ia sangat-sangat laju dan berpuas hati. Ini kerana tiada ramai lagi pengguna jadi internet memang laju. Bila dah ramai pengguna pada sesuatu kawasan tu akan mula jadi perlahan sedikit demi sedikit dan pada masa itu kita akan lihat ramai mula komplen. Semak kawasan yang ada coverage 4G WEBE di sini.


Walaubagaimanapun WEBE juga menyediakan pakej telephone. 3 model telephone yang disediakan setakat ini iaitu Huawei P9 Plus, Samsung Galaxy J7 dan ZTE Blade V7 Lite. Semua device ini akan datang dengan line intenet dan ianya tiada kontrak. Lihat harga promosi yang ditawarkan WEBE di sini.


Kalau anda nak beli atau langgan semua service dari WEBE ia hanya boleh dibuat secara dalam talian. Layari www.webe.com.my dan semua pembelian dan service boleh dilaksanakan di sana termasuk membayar bill. 







Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter