Jumlah Paparan Halaman

20 September 2016

Malaysia Tuan Rumah ASEAN SKILLS COMPETITION (ASC) 2016

Posted by   on

Adalah dimaklumkan Malaysia menjadi tuan rumah bagi pertandingan kemahiran peringkat ASEAN kali ke-11 – ASEAN Skills Competition (ASC) bagi tahun 2016 yang akan dianjurkan pada 19 hingga 29 September 2016 bertempat di MAEPS Serdang, Selangor.

ASC telah dimulakan pada tahun 1993 pada mesyuarat ILO / APSDEP di Jepun. Di mana ia telah dipersetujui bahawa menjadi satu pertandingan kemahiran dua tahun sekali di kalangan negara-negara anggota ASEAN. Tujuan pertandingan adalah untuk menggalakkan dan peningkatan taraf kemahiran di rantau ini dan seterusnya ke tahap antarabangsa, yang dianjurkan secara perkongsian kos.

Sehingga kini terdapat 10 buah negara yang mengambil bahagian dan 21 bidang kemahiran. Malaysia telah 2 kali menjadi tuan rumah dan tahun ini adalah kali ke3 Malaysia meneraju pentandingan ini. Tema ASC 2016 sempena pertandingan ini adalah “Skills For A Brighter Future”. Sila layari www.wsasean.org untuk maklumat lanjut.


Perserta tidak boleh melebihi umur daripada 22 tahun. Setiap negara boleh menghantar 2 pesaing untuk setiap bidang kemahiran untuk 3 hari pertandingan (dalam tempoh 15-18 jam). Jadi kita support negara kita dengan memeriahkan acara ini sepanjang ia berlangsung. 





Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter