Platform pulangan tunai (Cashback) ShopBack menjangka jualan online terbesar di dunia pada 11.11, yang dikenali sebagai ‘Singles Day’, akan meningkatkan jualan sekurang-kurangnya empat kali ganda kepada laman e-dagangnya di Malaysia.
Kaji selidik ini meliputi pandangan dari 2,000 pembeli online yang aktif, berusia di antara 18-50 tahun. Hasil kajian ini menunjukkan 84% responden biasanya membeli lebih dari satu kategori setiap kali, dan kebanyakan dari mereka sanggup membeli sesuatu kerana tawaran yang bagus.
Harga adalah faktor no.1 di dalam pembelian online, diikuti dengan kesediaan Cashback dan tawaran eksklusif, serta penghantaran yang pantas dan berpatutan.
Dari segi perbelanjaan, responden menyatakan mereka telah menyediakan bajet lebih tinggi untuk jualan Singles Day, dengan 28% dari mereka menyediakan lebih dari RM300 (11% pada hari biasa) untuk membeli-belah, 20% menyediakan RM200-RM299 (15% pada hari biasa), 33% responden pula menyediakan RM100-RM199 (41% pada hari biasa) dan 19% lagi menyediakan kurang dari RM100 (33% pada hari biasa).
Singles Day pada asalnya disambut oleh mereka yang bujang di China, mendapat namanya dari tarikh 11.11 yang memiliki empat nombor 1 yang keseorangan. Kumpulan e-dagang gergasi China, Alibaba, memulakan jualan Singles Day pada tahun 2009, memberi diskaun besar-besaran dan menggalakkan orang ramai membeli sesuatu untuk menjadikan mereka lebih gembira pada hari tersebut. Ia telah menjadi jualan online paling besar di dunia, dengan rekod jualan sebanyak USD 14.3 bilion dicatatkan tahun lepas, mengatasi Cyber Monday Amerika Syarikat (USD 3.07 bilion) dan Black Friday (USD 2.74 bilion).
Tahun ini, kumpulan Alibaba menjangka akan memecahkan rekod lama mereka, dan menyediakan beberapa acara seperti pertunjukan fesyen online, permainan mudahalih realiti tambahan (AR), dan persembahan Katy Perry untuk menceriakan pembeli.
Sharmeen Looi Ketua Pegawai Operasi ShopBack Malaysia
Dalam satu laporan, mereka merancang untuk mengembangkan Singles Day ke peringkat antarabangsa, menjangkau pasaran di luar China dengan Hong Kong dan Taiwan sebagai lokasi pertama, diikuti Asia Tenggara dan negara lain di seluruh dunia kemudiannya .
Di Asia Tenggara, ShopBack adalah rakan niaga Cashback pertama Taobao, dan kedua-duanya telah bekerjasama sejak 2014 untuk memberi ganjaran kepada pelanggan sehingga 50% Cashback dalam bentuk wang tunai sebenar, menerusi platform aplikasi, mudahalih dan web. Selain Taobao, syarikat e-dagang seperti Lazada, Groupon, Qoo10 turut sama menyertai arus ini dan memberikan Cashback menerusi Shopback pada 11.11. Syarikat telah berjaya memberikan pembeli di Malaysia untuk mendapatkan tunai sebanyak RM5.4 juta sehingga kini, membawakan sekurang-kurangnya tujuh pesanan kepada rakan niaga setiap minit.
Tiada ulasan:
Write comments