Sepuluh finalis kempen Energizer ‘Shop In The Dark’ 2017 membuktikan mereka adalah yang terbaik bila dicabar membeli-belah dalam gelap dan telah memenangi bonus beli-belah selama lapan minit bernilai RM3,500 sewaktu finale akhir di MYDIN USJ, Subang, hari ini.
Susulan maklum balas memberangsangkan daripada kempen Energizer ‘Shop In The Dark’ tahun lalu, Energizer dengan kerjasama MYDIN, telah membuka pendaftaran bagi Energizer ‘Shop In The Dark’ 2017 sepanjang April dan Mei lalu. Bagi mencapai lebih ramai pengunjung MYDIN dan pengguna Energizer di seluruh negara, Energizer memperkenalkan tiga cara berbeza bagi pendaftaran masuk yang termasuk satu siri jelajah cabaran Realiti Maya (VR), penyertaan melalui pos dan peraduan digital Facebook. Siri jelajah cabaran VR berkenaan memberikan kelainan bagi membeli-belah dalam gelap menggunakan mesin VR di empat negeri – Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor pada Mei lalu.
“Kami menerima sambutan tidak dijangkakan di seluruh Semenanjung Malaysia dan kami berterima kasih kepada pengguna Energizer dan pengunjung MYDIN atas sokongan dan kerana memilih Energizer sebagai solusi pencahayaan dan tenaga. Ini adalah tahun kedua kami menganjurkan kempen Energizer ‘Shop In The Dark’ dengan kerjasama MYDIN.
Pengenalan kepada elemen realiti maya bagi cabaran ‘Shop In The Dark’ 2017 di stor MYDIN terpilih memberikan pengalaman baru dan mencabar bagi membeli-belah dalam gelap. Kami mahu mengucapkan tahniah kepada finalis hari ini. Para finalis ternyata gembira dengan manfaat yang diperoleh daripada bateri Energizer Max yang kini 8x lebih lama sepanjang sesi beli-belah dalam gelap yang menyeronokkan di dalam MYDIN,” kongsi Encik Lee Kim Chye, Pengarah Perniagaan Energizer (Malaysia dan Singapura).
“MYDIN teruja dapat jadi sebahagian daripada kempen interaktif untuk pengunjung dan pengguna Energizer dengan kerjasama Energizer, sekal lagi. MYDIN dan Energizer telah bekerjasama rapat selama lebih 30 tahun dan kempen ‘Shop In The Dark’ 2017 diharap dapat meneruskan kerjasama perniagaan yang lama dalam cara yang semua orang dapat nikmati,” kata Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN, peruncit terbesar dan sudah lama bertapak milik Malaysia membabitkan perniagaan borong dan runcit.
Sepuluh finalis telah terpilih untuk peringkat akhir bagi kempen Energizer ‘Shop In The Dark’ 2017 membabitkan empat pemenang daripada cabaran siri jelajah, lima pemenang daripada penyertaan melalui pos dan satu pemenang daripada peraduan Facebook. Mereka telah menerima bonus sesi beli-belah lapan minit bernilai RM3,500 setiap satu dan telah menjelajah lorong-lorong MYDIN USJ, Subang Jaya di dalam gelap dengan menggunakan troli beli-belah dan lampu kepala Energizer.
Bateri Energizer, barang runcit dan produk lain diambil daripada rak apabila pemenang memenuhkan kereta sorong dengan apa saja yang diingini, mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Pada penghujung sesi beli-belah ini, kesemua barangan di dalam kereta sorong itu dibayar sepenuhnya sehingga RM3,500 oleh Energizer.
Sepuluh pemenang kempen Energizer ‘Shop In The Dark’ 2017 berkenaan adalah:
• Salmah Binti Ahmad
• Mohamed Shahrom Bin Hisham
• Mohd Fariq Bin Salehudin
• Loh Chee Hui
• Hamdan Bin A. Samad
• Christine Kok
• Mohd Abdul Rahim Bin Abu Bakar
• Leong Wei Kee
• Lizawati Bin Bskri
• Mohd Fakri Bin Ghazali
• Salmah Binti Ahmad
• Mohamed Shahrom Bin Hisham
• Mohd Fariq Bin Salehudin
• Loh Chee Hui
• Hamdan Bin A. Samad
• Christine Kok
• Mohd Abdul Rahim Bin Abu Bakar
• Leong Wei Kee
• Lizawati Bin Bskri
• Mohd Fakri Bin Ghazali
“Ia adalah pengalaman menggembirakan buat saya. Tidak saya sangka akan menjadi antara 10 finalis acara ini. Saya suka membeli-belah dan kempen Energizer ‘Shop In The Dark’ 2017 ini membolehkan saya melakukan apa yang saya suka dengan keseronokan dan cabaran melakukannya di dalam gelap. Memang sukar mengenal pasti lorong dan produk yang betul pada mulanya tetapi terima kasih kepada lampu kepala Energizer dan bateri Energizer Max, kerana membantu saya mencari jalan dalam pasar raya besar MYDIN,” kata Mohd Fariq Bin Salehudin dari Ampang, Selangor yang pulang dengan produk-produk bernilai sebanyak RM3,500.
Tiada ulasan:
Write comments