Jumlah Paparan Halaman

1 Ogos 2017

Satu Juta Pengguna Cashback Menjelang Hujung Tahun Ini

Posted by   on

ShopBack, platform Cashback (pulangan tunai) terulung di Malaysia dan Asia Tenggara, meramalkan pengguna Cashback dalam talian di dalam negara akan mencecah satu juta orang menjelang hujung tahun, mengikut rapat jumlah pengguna Cashback di Indonesia dan dalam masa yang sama kekal mengatasi pengguna di Singapura.

Alvin Gill, Pengurus Besar ShopBack Malaysia berkata terdapat sebanyak 260% peningkatan pengguna tempatan berbanding setahun yang lepas (lebih 280,000 pengguna pada Julai 2016 berbanding 750,000 pengguna pada Julai 2017), dan berkongsi bahawa target satu juta pengguna akan dapat dicapai tidak lama lagi melihatkan kepada permintaan yang kian meningkat, kemudahan servis yang dibawakan peniaga dalam talian, serta langkah sokongan oleh kerajaan seperti membenarkan servis memanggil pengangkutan di Malaysia.

Menurut ShopBack, pengguna di Malaysia biasanya lebih banyak berbelanja di waktu perayaan dan musim jualan mega seperti Tahun Baru dan Ramadhan, dan pada waktu sebegini, mereka melihat peningkatan minat organik sekitar 30% melalui carian tawaran Cashback di Google berbanding dengan tahun 2016, dalam tempoh yang sama. Perbandingan pertumbuhan tahun-ke-tahun pula menunjukkan kesedaran pengguna terhadap harga yang mungkin disebabkan oleh pengapungan harga petrol.

Alvin Gill, Pengurus Besar ShopBack Malaysia

“Pengguna di Malaysia sentiasa mencari cara yang lebih baik untuk berbelanja dan berjimat. Satu lagi petunjuk yang baik adalah letusan servis penghantaran atas permintaan (on-demand) seperti HappyFresh dan honestbee, telah mencatatkan lebih daripada 100% pertumbuhan jualan pada separuh pertama 2017. Selain daripada portal beli-belah dalam talian seperti Lazada, servis penghantaran atas permintaan turut mendapat sambutan baik sepanjang setahun yang lepas kerana ia menjimatkan masa dan petrol pengguna, berbanding ulang-alik untuk membeli-belah setiap hari. Siapa tahu mungkin Amazon Prime Now akan datang ke Malaysia di masa hadapan?” jelas Alvin.

Beliau juga menyebut, peniaga dalam talian terutama dari industri makanan dan fesyen, semakin agresif dari segi pendekatan pemasaran kerana mereka menghargai potensi yang belum diterokai dalam pasaran Malaysia, yang mana sangat baik untuk pengguna ShopBack yang sering mendapat manfaat dari pelbagai tawaran dan dapat mengumpulkan penjimatan dalam talian.

“Tawaran peniaga juga semakin pelbagai. Ditambah pula dengan sokongan kerajaan terhadap syarikat digital seperti meluluskan akta untuk Grab dan Uber (kedua-duanya adalah rakan niaga kami dalam aplikasi ShopBack) di dalam negara, kami sangat optimistik dengan masa depan ekonomi digital di sini. Di bulan akan datang pengguna-pengguna kami akan dapat menyaksikan tawaran Cashback yang lebih tinggi dan servis pintar lain untuk mendorong perkembangan di Malaysia,” tambah beliau.


Baru-baru ini, beberapa peniaga telah menjadi rakan niaga di ShopBack, antaranya ialah Eatigo, platform yang mempromosikan tempat makan dan tempahan, HungryGoWhere, laman ulasan makanan popular yang berkembang kepada tawaran tempat makan dan tempahan meja, Love, Bonito, peniaga fesyen bergaya dalam talian dan kemasukan baru pertama dalam bulan Ogos ini adalah Uniqlo, jenama fesyen kasual dari Jepun yang sangat popular.

Sehingga Julai 2017, ShopBack telah berjaya berkembang ke enam negara di rantau ini dalam masa tiga tahun iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Taiwan, dan Thailand. Di Malaysia, ia telah bekerjasama dengan lebih 500 peniaga dalam talian dan antarabangsa seperti Booking.com, Fave by Groupon, Grab, Hermo, Lazada, Uniqlo, Uber, Zalora dan banyak lagi untuk memberi ganjaran kepada pengguna sehingga 30% wang tunai setiap kali mereka membuat pembelian dalam talian. Ini telah memberi penjimatan sebanyak RM13.5 juta kepada pembeli dalam talian menerusi laman web dan aplikasi sehingga kini, di mana penjimatan tertinggi direkodkan menerima lebih dari RM19,000 cashback dalam akaunnya.








Tiada ulasan:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter