Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label HABIB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HABIB. Papar semua catatan

4 Jun 2020

Promosi Syawal HABIB Mengajak Pengguna Melabur

 
Syarikat pengeluar barangan kemas tempatan jenama Habib memandang serius dengan keadaan ekonomi yang melanda bukan hanya Malaysia tapi turut memberi impak di peringkat global. Hal ini juga menyaksikan peningkatan harga emas yang kini berada di tahap tertinggi dalam sejarah pada paras RM 270 segram. Namun, Habib ingin berkongsi pandangan dari sisi yang berbeza dengan orang ramai untuk melihat kenaikan harga emas ini sebagai satu waktu yang sesuai untuk menjual beli emas.


Saban hari, harga emas yang dijangka semakin meningkat untuk tempoh yang agak lama membuatkan setiap pembelian emas kini merupakan satu pelaburan yang bijak kerana harga emas lebih stabil berbanding nilai matawang dunia. Bagi memudahkan para pelanggan, di Habib kami menawarkan pembelian semula dengan harga yang berpatutan buat para pelanggan kami yang ingin menukar barangan kemas lama kepada yang baharu.” Kata Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib.

Di samping itu, sempena Promosi Syawal yang berlangsung sepanjang Kempen Rantaian Kasih di musim perayaan Aidilfitri ini, Habib menawarkan duit syiling emas seberat 0.2-gram dengan rekaan ekslusif hanya semasa perayaan ini pada harga RM 118 sahaja. Orang ramai boleh membuat kelainan dengan menggantikan pemberian duit raya dengan duit syiling emas dari Habib pada raya tahun ini.

Selain itu, bagi memeriahkan lagi sambutan raya pada tahun ini meskipun disambut dengan norma baharu, Habib menawarkan potongan harga sehingga 70% untuk barangan kemas berlian dan batu permata yang terpilih. Tambahan pula, potongan harga RM 10 untuk segram emas dan setiap pembelian bernilai RM 8,000 ke atas dalam satu resit akan mendapat jam tangan Ice Watch Ice Steel.

Oleh itu, para pelanggan jangan terlepas peluang untuk menikmati Promosi Syawal yang berlangsung dari sekarang sehingga 22 Jun 2020 di seluruh bilik pameran Habib di seluruh Malaysia. Untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi talian hotline mereka di nombor 019-2222916.









8 Mei 2020

HABIB Mengambil Langkah Berjaga Sewaktu Bermula Operasi Selepas PKP

 
Susulan dengan pengumuman Perdana Menteri yang membenarkan pembukaan semula sektor ekonomi, HABIB akan beroperasi semula mulai Isnin, 4hb Mei 2020 ikuti waktu perniagaan biasa. Selaras dengan itu, HABIB akan mengambil langkah berjaga-jaga berdasarkan Prosidur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan demi keselamatan dan keselesaan para pengunjung dan staf HABIB.

HABIB akan mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan langkah-langkah tambahan akan dilaksanakan seperti berikut:

PENJARAKKAN SOSIAL – Penyediaan jarak selamat 1 meter di antara para pelanggan dan staf yang perlu dipatuhi.
SUHU BADAN – Para pelanggan akan diperiksa suhu badan dan perlu mengisi borang maklumat diri di pintu masuk bilik pameran.
HAND SANITIZERS – Para pelanggan perlu membersihkan tangan sebelum dilayani pegawai jualan. Hand sanitizers akan disediakan di setiap kaunter pameran. Staf jualan juga perlu membersihkan tangan mereka sebelum melayani para pelanggan.
FACE MASK – Face mask akan diberikan kepada semua pelanggan untuk dipakai semasa membeli-belah. Semua staf jualan juga akan memakai topeng muka untuk memastikan keselamatan semua pelanggan yang mengunjungi bilik pameran.
KEBERSIHAN – Barang kemas akan dibersihkan setiap 30 minit. Kedai dan tombol pintu pejabat, pemegang, dinding, cermin kaca, bahagian atas meja akan dibersihkan setiap jam.
Semua barang kemas akan dibersihkan sebelum dan selepas dicuba oleh para pelanggan.
Kesemua staf HABIB perlu berada dalam keadaan kesihatan yang terbaik sebelum melapor diri ke tempat kerja.
Kesemua staf akan diperiksa suhu badan sebelum dan selepas waktu bekerja.
Kesemua staf akan memberikan status kesihatan harian mereka dan harus melaporkan kesihatan mereka.

Keutamaan kami adalah untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan selesa untuk para pelanggan. HABIB akan memastikan pelanggan berasa aman, selesa, selamat dan yakin ketika berbelanja di HABIB. Selain itu, HABIB turut menjamin penyediaan tempat kerja yang bersih untuk kesejahteraan pekerja kami.

Selain itu, kami juga menyediakan alternatif untuk para pelanggan kami yang masih lebih selesa untuk berbelanja dari rumah. HABIB boleh didapati di platform e-dagang; Lazada dan Shopee. Semua barang kemas kami di Lazada dan Shopee adalah tulen dan asli. Platform media sosial kami; Instagram dan Facebook sentiasa dikemas kini dengan koleksi terbaharu dan promosi istimewa. Jadi buatlah pilihan dan pembelian secara dalam talian dengan menghubungi nombor hotline kami seperti yang dilampirkan di lampiran talian khidmat pelanggan. Bilik pameran kami akan menyediakan barang pilihan anda untuk siap diambil.

Selain itu, Habib turut menyediakan perkhidmatan membaik pulih barangan kemas, pembelian balik, pajak gadai, pengubah suaian barangan kemas serta penilaian zakat kepada para pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-42522777 atau berhubung melalui media sosial di Facebook Habib www.facebook.com/habibjewels dan Instagram Habib @Habibjewelsofficial.







Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter