Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Legoland Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Legoland Malaysia. Papar semua catatan

13 September 2019

Cara Nak Beli Tiket Zoo Negara, Legoland Malaysia Dan Aquaria Lebih Murah

 
Cuti sekolah dah dekat ni dan juga anak-anak ramai dah habis peperiksaan seperti UPSR dan juga peperiksaan akhir tahun. Sekarang masa yang sesuai untuk ibu bapa merancang untuk percutian yang lebih bermakna dengan anak-anak. Kalau nak bawa bercuti luar negara mungkin kos agak tinggi. Jadi plan sahaja bercuti dalam negara dan di negara kita juga banyak tempat menarik seperti Zoo Negara di Kuala Lumpur, taman tema Legoland di Johor dan juga Aquaria di KLCC.


Sebenarnya ada cara bagaimana nak mendapatkan tiket untuk memasuki tempat pelancongan yang telah dinyatakan tadi dengan murah dan juga mudah tanpa perlu bebaris panjang dan juga buat tempahan di kaunter. Ramai orang tak tahu rahsia ini dan kalau anda dah tahu nanti boleh kongsikan bersama kawan-kawan yang nak pergi bercuti tempat-tempat menarik ini.

Zoo Negara Kuala Lumpur

Zoo Negara mempunyai keluasan 110 ekar tanah yang mempunyai lebih daripada 5137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Waktu operasi zoo adalah dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan dibuka setiap hari. Harga biasa tiket untuk dewasa warganegara Malaysia RM45.00. Manakala kanak-kanak warganegara RM18 dan warga emas RM23. 


Tapi kalau beli secara atas talian di Tiket Zoo Negara ini anda boleh dapat harga jauh lebih murah dan juga tidak perlu bebaris panjang di kaunter. Menjimatkan wang dan juga masa untuk sebarang aktiviti hujung minggu bersama keluarga. Tiket juga termasuk dengan pameran Panda yang pertama di Asia Tenggara. Tiada limit untuk membeli tiket masuk ke zoo negara di sini. 

Legoland Malaysia

Legoland Malaysia adalah taman tema Lego yang pertama dibuka di Asia dan juga mempunyai lebih daripada 15,000 model LEGO yang dibuat daripada lebih 60 juta bungkah LEGO. Di Legoland ini terdapat 3 tarikan utama iaitu Theme Park, Taman Air dan Hotel di dalam satu kawasan. Terletak  di Bandar Nusajaya Johor lebih kurang 18km dari bandar Johor Bahru. 


Harga asal tiket masuk satu taman Theme Park sahaja mencecah RM231 untuk pemegang MyKad. Tapi kini boleh dapatkan harga promo denga Tiket Legoland Malaysia di sini. Lebih murah dan juga tidak perlu untuk menunggu lama berbaris di kaunter tiket kerana pasa musim cuti sekolah memang ramai pelancong dari dalam dan luar negara berkumpul bersama keluarga di sana.

Aquaria KLCC


Satu-satunya tempat di Kuala Lumpur yang mempunyai pameran yang menakjubkan dari 50,000 species dan makhluk akuatik yang tersebar luas di sekitar 60,000 persegi. Terletak di bangunan KLCC yang menjadi lambang ikonik negara begitu mendapat tumpuan ramai. Aquaria dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Normal price tiket adalah RM49 untuk pemegang MyKad.


Sekarang ni boleh dapat harga juah lebih murah dan mudah dengan Tiket Aquaria KLCC di sini. Seperti biasa tiada perlu bebaris panjang dan menunggu lama untuk mendapatkan tiket anda. Malah harga jauh lebih murah kalau dibeli  untuk rombongan beramai-ramai. Sangat sesuai untuk mendidik dan juga mengahabiskan masa bersama anak-anak sambil mereka boleh belajar dan mengenalai pelbagai kehidupan dasar laut. 








Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter