iQOO, jenama sub kepada vivo yang mengetengahkan sin permainan video, akan melancarkan siri iQOO Z9 yang dikuasakan dengan ciri-ciri canggih. Telefon pintar ini direka untuk memberi pengalaman yang pantas dan permainan video yang lancar. iQOO Z9 membawa semangat yang sama iaitu bebas dari halangan dan hidup secara bebas berinspirasi dari BMW 218i Gran Coupé M Sport dari BMW Group Malaysia. Sinergi antara dua jenama ini meningkatkan mesej yang merangkul pengembaraan dan keseronokan. Memberi tumpuan untuk menunjukkan esensi yang bersemangat dan bebas dari Mountain Dew, iQOO bertujuan untuk memikat pengguna dengan meraikan keseronokan dan spontan.
Direka untuk menggambarkan keanggunan dan daya ketahanan, iQOO Z9 menonjol dengan pilihan dwi-warna yang memaparkan kecanggihan dan ketahanan. Ia menggabungkan bahan-bahan terbaik untuk estetika yang tersusun dengan adanya prestasi yang canggih dan rekaan premium. Reka bentuk lubang porthole menambahkan sentuhan dari segi gaya, manakala pembinaannya yang ringan dan kukuh ini memastikan ketahanan jangka panjang. Dengan keupayaan permainan video yang menentukan semula landskap permainan mudah alih, iQOO Z9 meletakkan satu standard baru untuk pengalaman bermain permainan video di mana-mana sahaja.
Bergerak bebas dengan siri iQOO Z9
iQOO Z9, dikuasakan oleh Snapdragon® 7 Gen 3, dan rakan sejawatnya, iQOO Z9x, dilengkapi dengan Platform Mudah Alih Snapdragon® 6 Gen. Mengeksploitasi keupayaan prestasi yang hebat dari pemproses canggih ini dengan fokus untuk mengoptimumkan pengalaman bermain permainan video, kedua-dua model ini mempunyai prestasi dalam permainan yang luar biasa, disebabkan oleh storan yang mencukupi dan penyimpanan kilat yang pantas. Gabungan ini mendorong iQOO ke hadapan dengan kehebatan bermain permainan video, menetapkan standard baru untuk permainan video yang mendalam dan prestasi yang lancar.
Siri iQOO Z9 berfungsi lebih daripada sekadar telefon pintar kerana ia menjadi mercu tanda motivasi dan inspirasi untuk generasi muda hari ini bagi menyimbolkan etos jenama untuk membebaskan diri dari batasan kehidupan. Telefon pintar ini melambangkan semangat tanpa rasa takut dengan sebarang cabaran yang mendorong generasi muda untuk tidak menghiraukan sebarang halangan dan mengejar hasrat sejati mereka. Pada intinya, siri iQOO Z9 adalah pembakar semangat peribadi dan pemberdayaan yang membangkitkan ambisi di hati pengguna.
iQOO Z9 menetapkan piawai baru dengan Teknologi Bateri Grafit Canggih
Menyeimbangkan prestasi, kecekapan dan hayat bateri adalah penting untuk sesebuah telefon pintar. iQOO Z9 dan Z9x mencapai keseimbangan ini dengan memaparkan Bateri Grafit Ultra-Tipis 6000 mAh yang terkini. Peranti tersebut menyokong FlashCharge 80W, manakala iQOO Z9x menawarkan FlashCharge 44W. Penyusunan ini memastikan pengecasan yang cepat dan efisien bagi memastikan pengguna sentiasa tersambung dengan dunia teknologi produktif sepanjang hari. Ia juga menjanjikan kepadatan tenaga dan kuasa yang lebih baik, bersama dengan jangka hayat yang lebih lama berbanding bateri tradisional dengan teknologi bateri grafit.
Baterinya juga sangat nipis dan ringan dengan ketebalan kurang daripada 8mm dan berat keseluruhan hanya 199g. Selepas empat tahun penggunaan intensif, ia dijangkakan kapasiti bateri akan kekal pada tahap atas 80% untuk menghapuskan kebimbangan pengguna terhadap penurunan prestasi bateri. Teknologi bateri siri iQOO Z9 bukan sahaja memberikan prestasi yang tahan lama tetapi juga melambangkan kebolehpercayaan dan jangka hayat yang panjang, memastikan pengalaman pengguna yang lancar untuk tahun-tahun yang akan datang.
Mengubah pengalaman bermain permainan video dengan ciri-ciri inovatif
Siri iQOO Z9 direka khas untuk memenuhi citarasa para pengguna terutama bagi peminat permainan video, telefon pintar ini menawarkan pelbagai ciri-ciri canggih yang direka untuk meningkatkan pengalaman bermain permainan video kepada tahap yang baru. iQOO Z9 mempunyai paparan skrin sebesar 6.78-inci dengan 144Hz Ultra-Smooth AMOLED yang menampilkan visual dengan kejelasan dan kelancaran yang menakjubkan. Resolusi 1.5K dan kecerahan setinggi 4500 nits membolehkan penglihatan optimum walaupun di bawah sinaran matahari yang terang, manakala teknologi pengurangan kecerahan PWM Ultra-High 3840 meningkatkan keselesaan pandangan dalam keadaan cahaya rendah, demi menjaga mata pengguna. Selain itu, telefon pintar ini menawarkan penyebaran haba yang tiada tandingannya, memastikan sesi bermain permainan yang berpanjangan dengan prestasi maksimum.
iQOO Z9x tidak kurang prestasinya dalam memberikan pengalaman bermain permainan video yang menakjubkan, dengan adanya susun atur LPDDR4X+UFS 2.2 dan skrin LCD 120Hz dinamik, ia menampilkan kecerahan puncak yang mempesonakan sebanyak 1000 nits. Dengan kemampuan NFC dan diperkukuh dengan mekanisme penyerapan energi Anti-Dropping, ia memastikan daya tahan yang lebih tinggi dan penyerapan tenaga yang lebih unggul. Tambahan pula, dengan RAM tambahan 12+12GB dan peningkatan sebanyak 300%, meletakkan iQOO Z9x pada tahap yang lebih tinggi.
Selain dari kemampuan audio yang inovatif, iQOO Z9 menonjolkan sistem penyejukan cecair 6KVC flagship yang merupakan sistem penyejukan yang terbesar dalam siri Z setakat ini. Penyelesaian penyejukan inovatif ini memastikan pengurusan terma optimum semasa sesi permainan video yang sengit, mencegah pemanasan berlebihan dan mengekalkan prestasi puncak. Dengan adanya ciri-ciri dan teknologi yang menakjubkan ini, siri iQOO Z9 mengubah definisi permainan video, menawarkan keselesaan, prestasi, dan pengalaman yang tiada tandingannya untuk para pengguna.
Le Josette sebagai wajah bagi siri iQOO Z9
Kerjasama Le Josette dengan siri iQOO Z9 menandakan penyatuan yang mengujakan antara gaya modern dan inovasi. Sebagai duta jenama, Le Josette membawa gabungan unik kreativiti dan kepakaranya bagi meningkatkan pengalaman siri iQOO Z9 ke tahap baru.
Untuk reka bentuk dan kecenderungan teknologi inovatif, keterlibatan Le Josette dalam siri iQOO Z9 melampaui bukan sekadar pengesahan tetapi ia merupakan perkongsian sejati yang dibina atas nilai dan visi yang sama. Pengalamannya dalam industri fesyen dan teknologi memberikan pandangan yang berharga tentang pertautan antara gaya dan fungsi, membentuk estetika dan pengalaman pengguna siri iQOO Z9.
Le Josette melihat siri iQOO Z9 sebagai simbol pemberdayaan dan pengekspresian diri. Kerjasamanya bertujuan untuk menggalakkan pengguna untuk merangkul keunikan mereka, menjadi kreatif, dan mengejar impian mereka dengan berani. Le Josette menantikan lebih banyak inovasi dan pertumbuhan dalam siri ini, membayangkan gabungan sempurna antara reka bentuk yang menarik dan teknologi terkini. Dengan komitmen untuk mengecapi batas, kerjasama Le Josette dengan siri iQOO Z9 berjanji untuk mengilhami pengguna untuk tahun-tahun yang akan datang.
iQOO X BMW Millennium Welt X Mountain Dew
Siri iQOO Z9 telah bekerjasama dengan BMW Millennium Welt dan Mountain Dew untuk mencipta pengalaman yang benar-benar mengujakan. Tersedia dalam warna Phantom Black dan Breeze Green untuk iQOO Z9, manakala Mystic Black dan Northern Green untuk iQOO Z9x, warna-warna ini menimbulkan rasa petualangan dan kelajuan.
Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon® 7 Gen 3, siri iQOO Z9 melambangkan teknologi canggih dan potensi tanpa had, memberi kuasa kepada pengguna untuk menghadapi cabaran hidup dengan keyakinan. Reka bentuknya yang licin menyempurnakan pengalaman mengasyikkan memandu BMW 218i Gran CoupĂ© M Sport, manakala perkongsian Mountain Dew menegaskan semangat yang berani, menggalakkan individu untuk membebaskan diri daripada sebarang halangan dan mengejar hasrat. Bersama-sama, Mountain Dew, BMW, dan siri iQOO Z9 menginspirasi pengguna untuk membebaskan diri dari halangan membebaskan kreativiti, dan memulakan perjalanan yang ekstrim dalam kehidupan.
Promosi dan ketersediaan siri iQOO Z9
Hari ini merupakan hari pelancaran bagi siri iQOO Z9 sekaligus menandakan tarikh jualan pertama bagi telefon pintar iQOO Z9 dan iQOO Z9x
iQOO Z9 didatangi dengan tanda harga pada RM 1,499 bagi varian 12GB+256GB. Pembeli juga akan menerima hadiah percuma dari setiap pembelian iQOO Z9 yang bernilai sehingga RM168
Bagi varian iQOO Z9x pula, ia akan dijual pada harga RM1,199 untuk pilihan 12GB + 256GB beserta hadiah percuma yang bernilai sehingga RM187. Rakyat Malaysia ju yang berminat untuk memiliki telefon pintar ini boleh membeli melalui E-Store, Shopee, Lazada, dan TikTok Shop bermula dari XX Mei 2024.
Berikut adalah butiran mengenai harga, proses pra-tempahan, promosi, dan ketersediaan siri iQOO Z9:
Lawati halaman Facebook dan laman web rasmi iQOO untuk maklumat terkini mengenai promosi dan spesifikasi produk.