Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Sime Darby Property. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sime Darby Property. Papar semua catatan

18 Jun 2026

Pusat Beli-belah Elmina Lakeside Menang Di Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence 2026

 
Sime Darby Property Berhad (“Sime Darby Property” atau “Kumpulan”) telah memenangi Anugerah Emas Dunia di bawah kategori ‘Runcit’ untuk Pusat Beli-belah Elmina Lakeside di Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence 2026 yang diadakan di Vienna, Austria baru-baru ini. Pengiktirafan antarabangsa ini meletakkan Pusat Beli-belah Elmina Lakeside antara pembangunan runcit global yang terkemuka, dan mengesahkan pendekatan Sime Darby Property untuk mewujudkan ekosistem perbandaran yang terhubung di mana runcit, komuniti, rekreasi dan alam semula jadi dirancang sebagai satu pengalaman bersepadu.



Dianjurkan oleh Fédération Internationale des Administrateurs de Biens-Conselis Immobiliers (“FIABCI”), Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence mengiktiraf pembangunan terbaik dalam kelasnya di peringkat global, dinilai oleh panel antarabangsa yang terdiri daripada profesional hartanah dan pakar industri. Pembangunan dinilai secara holistik, melangkaui reka bentuk dan skala, termasuk fungsi, impak dan nilai keseluruhan yang disampaikan.

“Pemenang anugerah ini mengesahkan pendekatan kami untuk mewujudkan pembangunan bersepadu yang memberikan nilai melangkaui aset individu. Elmina Lakeside Mall diilhamkan sebagai sebahagian daripada ekosistem perbandaran yang lebih luas, menyatukan peruncitan, rekreasi, ruang komuniti dan alam semula jadi dalam persekitaran yang terhubung yang menyokong cara orang ramai hidup, bekerja dan berinteraksi,” kata Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, Dato’ Seri Azmir Merican.

Terletak di Bandar Elmina yang memenangi anugerah, Elmina Lakeside Mall direka bentuk berdasarkan konsep “pusat membeli-belah di taman, taman di pusat membeli-belah”, mengintegrasikan ruang runcit, riadah dan komuniti dengan lancar dalam persekitaran yang boleh dilalui dengan berjalan kaki dan dipimpin oleh alam semula jadi.



Pembangunan peruncitan terbuka ini merangkumi kawasan seluas 52 ekar merentasi sembilan blok bangunan satu dan dua tingkat, menawarkan kira-kira 214,000 kaki persegi ruang runcit bersih yang boleh disewa dan berfungsi sebagai pusat komersial Pusat Bandar Elmina seluas 350 ekar. Pusat membeli-belah ini mencapai penghunian penuh dalam tempoh lapan bulan selepas pembukaan awal pada Ogos 2024 dan kini melayani kawasan tadahan kira-kira 1,000,000 penduduk.

Selain peruncitan, pembangunan ini menggabungkan kemudahan yang berfokuskan komuniti termasuk ruang acara dalaman dan luaran, persiaran tepi tasik, dan sambungan terus ke Taman Bandar seluas 35 ekar yang bersebelahan.

Selaras dengan Strategi Kelestarian dan Peta Jalan 2030 (“SSR2030”) Sime Darby Property, Elmina Lakeside Mall mencapai pensijilan GreenRE Silver, manakala Galeri Jualannya mencapai pensijilan GreenRE Platinum. Pembangunan ini juga menggabungkan ciri reka bentuk lestari, termasuk bumbung sedia solar, lampu LED, kelengkapan cekap air, ruang pengecasan EV dan akses mesra basikal.



Anugerah Emas Dunia ini menyusuli kejayaan Elmina Lakeside Mall di Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia 2025, di mana pembangunan ini menerima Anugerah Emas dalam kategori 'Runcit' sebelum mara untuk mewakili Malaysia di peringkat global.

“Pengiktirafan antarabangsa seperti ini memperkukuh kekuatan model pembangunan perbandaran kami dan komitmen kami untuk mewujudkan nilai jangka panjang, selaras dengan tujuan kami Memacu Hartanah sebagai Pengganda Nilai untuk Manusia, Perniagaan, Ekonomi dan Planet. Kami mengucapkan terima kasih kepada FIABCI atas anugerah ini dan kekal fokus untuk menyampaikan pembangunan yang berdaya tahan secara komersial, bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan relevan kepada komuniti yang kami layani,” simpul Dato’ Seri Azmir.






29 Oktober 2025

KLGCC Mall Milik Sime Darby Property Kini Dibuka

 
Sime Darby Property Berhad hari ini meraikan pembukaan Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC Mall), mercu tanda runcit terbaharu yang direka untuk menjadi nadi sosial dan budaya kepada KLGCC Resort.



KLGCC Mall menggabungkan penglibatan komuniti, penemuan kulinari serta aktiviti kreatif, dengan penyewa utama seperti Jaya Grocer Signature, The Grounds of Serai dan Serai Hall oleh Serai Group, ACE Hardware, Asia Ballet Academy, dan taman permainan kanak-kanak HarborLand pertama di Malaysia.

Terletak secara strategik dalam pelan induk KLGCC Resort seluas 360 ekar, dan dikelilingi oleh kejiranan terkenal seperti Bukit Damansara, Mont Kiara, Sri Hartamas, Bangsar dan Taman Tun Dr. Ismail, pusat beli-belah ini melengkapkan ekosistem sedia ada yang turut merangkumi Menara KLGCC dan Pusat Konvensyen Sime Darby, sekali gus mengukuhkan kedudukan KLGCC Resort sebagai destinasi gaya hidup bersepadu terkemuka.

Majlis tersebut dihadiri oleh ahli lembaga pengarah dan barisan pengurusan Sime Darby Property, rakan kongsi perniagaan, penyewa, dan tetamu jemputan, dengan persembahan pelbagai budaya yang melambangkan perpaduan dan permulaan era baharu peruncitan untuk perbandaran ini. Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai promosi menarik dan hadiah istimewa sempena sambutan pembukaan soft opening pusat beli-belah ini.



Dato’ Seri Azmir Merican, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, berkata, “KLGCC Mall mencerminkan pendekatan Sime Darby Property dalam memperkukuh sumber pendapatan berulang melalui pembangunan aset berkualiti yang berteraskan komuniti. Ia dibina khusus untuk memenuhi keperluan lebih 300,000 penduduk di kawasan sekitarnya, menawarkan kemudahan dan gaya hidup di satu destinasi.

Dengan 90% ruang runcit telah disewa, ini membuktikan keyakinan penyewa terhadap kemampuan kami untuk menyampaikan pengalaman runcit yang terancang dan memberi tumpuan kepada komuniti serta mewujudkan nilai jangka panjang dalam pasaran yang sentiasa berkembang.”

Tambah beliau, “Sebagai syarikat hartanah yang berteraskan tujuan, fokus kami melangkaui pembangunan fizikal. Melalui KLGCC Mall, kami ingin mewujudkan ruang mesra dan mengalu-alukan semua – tempat di mana perdagangan, budaya dan komuniti bersatu.”

KLGCC Mall bertujuan untuk meningkatkan pengalaman runcit kejiranan dengan gabungan jenama gaya hidup dan jenama baharu di pasaran, meliputi lima aras dengan keluasan runcit 240,000 kaki persegi untuk memenuhi keperluan komuniti setempat, menjadikannya destinasi ideal untuk aktiviti keluarga dan keperluan harian.



Jaya Grocer Signature memperkenalkan konsep gourmet pertamanya dengan pilihan produk artisanal dan barangan import premium yang lebih meluas. HarborLand, pengendali taman permainan dalaman terkemuka Thailand, membuat penampilan sulungnya di Malaysia dengan pengalaman permainan bertaraf dunia untuk kanak-kanak. Serai Group memperkenalkan “The Grounds of Serai,” ruang eksklusif yang menempatkan restoran utama Serai bersama Super Blonde, Taffy Gelato dan Brotani Juice Bar. Di Aras Tiga, ruang acara serba guna Serai Hall pula sesuai untuk majlis perkahwinan, acara korporat dan aktiviti gaya hidup. Pusat beli-belah ini juga menempatkan Asia Ballet Academy, yang membimbing penghibur generasi akan datang, serta MORPH, pusat kecergasan berkonsepkan moden yang menggabungkan latihan Hyrox, reformer pilates, parkour dan zon terapi pemulihan. ACE Hardware menyediakan penyelesaian bagi keperluan rumah dan gaya hidup.

KLGCC Mall turut menjadi lokasi pelancaran untuk beberapa jenama pertama di Malaysia termasuk Coast & Roast by Fish & Co., Fiel Charcoal Grillhouse by Kay’s Steak & Lobster, salon inspirasi Jeju Goyo, Dara Gogi, Ristorante Al Pacino, Kuih & Kopi, Eden Social Club, dan Seiko Vision. Pusat beli-belah ini juga akan menjadi lokasi fizikal pertama untuk jenama popular seperti Smiths Breads & Café, hétam Go meets chef kecik x ijo, Kualesa, Bad Scones, EM’s Cookies, Hebe Clinic, dan Inari Jewellery.
Jenama kulinari kegemaran ramai seperti Siti Li Dining & Foodhall, Pasta Zanmai, dan The Third Serving (sebelum ini dikenali sebagai Oriental Cravings) turut kembali. Melengkapkan senarai penyewa ialah jenama hiburan dan gaya hidup seperti Toys’ R Us dan VR Live.

Gabungan jenama perintis dan klasik yang kembali ini memastikan pengalaman yang segar dan tersendiri untuk setiap pengunjung.

Antara tarikan utama ialah amfiteater atas bumbung dengan pemandangan padang golf KLGCC, dan direka untuk menganjurkan pameran kreatif, persembahan muzik secara langsung dan aktiviti komuniti. Sebagai sebahagian daripada program pembukaannya, pusat beli-belah ini akan menjadi tuan rumah bersama “State of Mind: Art-Tech-Wellness Exhibition Experience”, kolaborasi dinamik dengan Galeri MahsuriShark yang berlangsung sehingga 6 November. Acara imersif ini mengajak pengunjung menerokai persimpangan antara seni dan teknologi melalui pelbagai pengalaman interaktif. Ini termasuk pameran seni Augmented Reality (“AR”), galeri seni maya, pemburuan koleksi digital, arca maya binaan komuniti, studio pergerakan (motion studio), pertandingan seni, serta siri bengkel dan ceramah seni-teknologi, menawarkan pendedahan mendalam ke masa depan kreativiti.



Keseronokan akan diteruskan sepanjang November dengan festival kebudayaan dan sambutan warisan Malaysia yang menampilkan artis tempatan serta persembahan tradisional. Menjelang akhir tahun, suasana akan diteruskan dengan sambutan Krismas yang mempesonakan, penuh dengan hiburan keluarga termasuk nyanyian koir dan persembahan silap mata yang menarik.

KLGCC Mall merupakan tambahan terbaharu dalam portfolio runcit Sime Darby Property yang semakin berkembang dan menekankan kekuatannya dalam membangunkan destinasi yang dipacu komuniti. Sebagai aset runcit ketiga milik penuh Syarikat, ia menyertai barisan seperti Elmina Lakeside Mall dan KL East Mall, kedua-duanya telah mencapai kadar sewaan penuh.

Pusat beli-belah ini mudah diakses dengan sambungan strategik ke Lebuhraya Sprint, Lebuhraya Damansara–Puchong (“LDP”), Lebuhraya Persekutuan dan New Klang Valley Expressway (“NKVE”). Perkhidmatan ulang-alik (shuttle) harian turut disediakan, menghubungkan KLGCC Mall ke stesen MRT Semantan dan kawasan kejiranan berdekatan.







Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter