Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label vivo V30E 5G. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vivo V30E 5G. Papar semua catatan

5 Mei 2024

vivo V30E 5G Membuat Pengenalan Unggul Di Malaysia Dengan Warna Sky Mirror Dan Aura Light Portrait 3.o

 
Berikutan dengan kejayaan pelancaran siri vivo V30 pada bulan Mac yang lalu, vivo Malaysia dengan bangganya memperkenalkan penambahan terbaru pada siri V nya, iaitu vivo V30e 5G. Dengan ciri Aura Light Portrait 3.0 serta reka bentuk yang ramping dan melengkung, telefon pintar ini menampilkan keanggunan dan keunggulan. vivo V30e 5G menawarkan sebuah pengalaman yang mewah dan kehalusan dengan pilihan warna yang menarik yang tersedia kepada pengguna di Malaysia.



vivo V30e 5G menggabungkan gaya seni dengan teknologi canggih di dalam rangkaian yang ramping. Menampilkan skrin 3D Melengkung 120Hz dan Bateri Tahan Lama 4 Tahun sebesar 5500 mAh (TYP), telefon pintar  ini menawarkan daya tarikan estetika dan prestasi yang berkekalan. Kemampuan pengimbasannya yang canggih termasuk Aura Light Portrait 3.0 Kualiti Studio, Mod Potret Profesional 2x, Kamera Ultra Sensing Sony, dan Sistem Warna vivo. V30e 5G kali ini muncul sebagai telefon pintar utama untuk menangkap dan menyimpan momen-momen berharga kehidupan dengan ciri yang luar biasa ini dan pilihan dua warna yang menakjubkan.

Terokai pilihan warna elegan vivo V30e 5G


Pilihan warna untuk vivo V30e 5G melambangkan kesederhanaan, keanggunan, dan gaya modern yang diinspirasikan dari reka bentuk mewah jam tangan di dunia, Sky Mirror.  Ia menawarkan pengalaman visual yang menawan serta menenangkan yang mengingatkan pengguna pada sinar matahari yang meresap melalui awan. Permukaan telefon pintar ini memaparkan perpaduan unik antara warna ungu, emas dan hijau yang berubah dengan lemah-lembut apabila dilihat dari pelbagai sudut dan posisi.

Efek menarik yang ada pada telefon pintar ini diinspirasikan dari keindahan langit biru beserta awan yang telah menjadi satu tanda aras menarik dalam industri reka bentuk telefon pintar. Menyerupai permainan cahaya yang dilihat di alam semulajadi, permukaan yang kelihatan putih tulen pada pandangan pertama tetapi mendedahkan percikan warna apabila dimiringkan. Permainan cahaya yang mempesona ini membangkitkan rasa kehangatan serta romantik, menjadikan varian Sky Mirror tidak hanya memikat secara estetika tetapi juga secara mendalam ekspresifnya.

Coco Brown yang diinspirasikan dari esensi yang halus coklat dan palet warna yang ditemui di jam tangan mewah memaparkan usaha di antara kesederhanaan dan keanggunan. Panel belakang telefon pintar ini pula mempamerkan penutup matte di bahagian kiri yang dihiasi dengan kilauan Fluorite AG yang halus, manakala bahagian kanan menampilkan permukaan mengilap yang dicap dengan corak grid sutera yang mengingatkan pada tenunan sutera halus melalui proses penyambungan kilat-pusam (glossy-matte).  Elemen reka bentuk ini mencerminkan keanggunan yang abadi dan citarasa yang halus. Pengguna dapat mengalami setiap momen dalam kegemilangan penuh dengan varian Coco Brown, satu simbol daya tarikan yang berkekalan dan keyakinan diri.

vivo V30e 5G menetapkan standard dalam keseimbangan dan ringan dengan profil yang ramping hanya berukuran 7.65 mm tebal dan berat hanya 179g. Lengkungan emas 58.7° pada skrin 3D melengkung dan peralihan lancar bingkai yang ramping meningkatkan reka bentuk vivo V30e 5G, memastikan bukan sahaja daya tarikan yang terpelihara tetapi juga pegangan yang sangat selesa.



Potret berkualiti bertaraf studio di mana-mana dengan Aura Light Portrait 3.0


vivo V30e 5G memberikan pencahayaan berkualiti studio dengan ciri Aura Light 3.0, meningkatkan kejelasan subjek terhadap latar belakang yang lebih lembut dan serasi. Dikuasakan oleh teknologi imej yang dipionirkan oleh vivo, Penyesuaian Suhu Warna Cerdas yang dinaik taraf secara pintar, ia mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran mana-mana, memperluas julat suhu warna hampir 20%. Tanpa mengira jarak, peranti tersebut memastikan subjek disinari dengan cahaya lembut untuk pengambilan dekat dan cahaya yang lebih terang untuk gambar jauh, menghasilkan potret yang selalu memukau.

vivo V30e 5G memperkenalkan fotografi dengan Kamera Ultra Sensing Sony


vivo V30e 5G menjadikan titik tumpuan setiap adegan dan memudahkan penguna menangkap visual yang memukau dalam apa jua skenario pencahayaan dengan adanya Kamera Utama Ultra-Sensing Sony dan algoritma HD potret. Pengguna juga akan mendapat manfaat dari peningkatan 30% dalam kepekaan foto, menjamin butiran yang hidup walaupun dalam keadaan cahaya rendah kerana adanya dengan Sensor Sony IMX882 yang bertenaga. Dipasangkan dengan kesan bokeh semulajadi dan definisi wajah yang dipertingkatkan, Mod Potret Profesional 2x hanya memberikan potret berkualiti DSLR dengan hanya satu ketukan jari.

Menikmati momen indah dengan ciri profil warna pintar yang boleh diubahsuai mengikut citarasara pengguna 


Fotografi anda mampu mencapai tahap baru kerana pengguna boleh menyesuaikan profil warna untuk memenuhi citarasa tersendiri. Sistem Warna vivo menawarkan tiga pilihan yang berbeza seperti Warna Asli vivo yang menghasilkan warna sebenar, warna Berstruktur dan suasana dengan nada kaya dan halus yang mengingatkan pada still filem. Bagi pengguna yang gemar warna yang berani dan bersemangat, pilihan Warna Hidup vivo menawarkan profil warna yang hidup yang disempurnakan selama empat tahun berdasarkan maklum balas pengguna.

Mengambil inspirasi dari kamera segera klasik, vivo V30e 5G membolehkan pengguna menerapkan Sempadan Warna-Adaptif unik yang melengkapi setiap kandungan foto. Dengan menggunakan algoritma yang canggih, vivo telah secara bijak menganalisis warna dan kandungan dalam setiap imej untuk mengira kombinasi warna yang paling sesuai untuk bingkai yang benar-benar unik. Setiap foto menjadi sebuah karya seni yang menakjubkan, disesuaikan dengan gaya individu dan bersedia untuk dikongsi dengan orang yang tersayang.

vivo V30e 5G mampu memberikan prestasi yang berkuasa dengan ciri bateri terunggul dalam industri


vivo V30e 5G direka untuk memberikan pengalaman pengguna yang konsisten dan kukuh. Peranti ini dikuasakan dengan Pengeluaran 5G Qualcomm Snapdragon® 4nm bagi menjamin prestasinya ditingkatkan dengan penggunaan tenaga cip yang optimum. vivo V30e 5G juga menampilkan kadar penyegaran 120 Hz yang lancar, kecerahan ultra-tinggi dan nisbah kontras yang mengagumkan serta skrin melengkung 3D yang luas 6.78-inci bagi memberi pengalaman visual yang mengagumkan kepada pengguna.

Pengguna kini boleh menikmati interaksi sosial dan hiburan tanpa rasa risau dengan hayat bateri yang meluas oleh vivo V30e 5G. Peranti tersebut juga dipasang dengan Bateri Tahan Lama 4 Tahun sebesar 5500 mAh (TYP) yang merupakan kapasiti bateri terbesar dalam siri vivo V bagi membenarkan pengguna untuk kekal disambungkan ke dunia teknologi untuk jangka masa yang lebih lama. vivo V30e 5G menjamin keseronokan tanpa gangguan, sama ada pengguna sedang menonton video YouTube selama 22 jam, melayari Instagram selama 15 jam, bermain permainan video selama 9 jam, atau menikmati muzik selama 53 jam. Tambahan pula, mod "Penjimatan Bateri Super" yang inovatif, membolehkan pengguna menikmati hayat bateri yang lebih jauh, dengan keupayaan membuat panggilan suara selama 24 minit dengan hanya 1% bateri yang tinggal. Ia juga boleh mengekalkan lebih daripada 80% kapasiti selepas empat tahun dengan jangka hayat bateri lebih dari 1600 kitaran cas-melepas cas yang dipadukan dengan teknologi FlashCharge 44W. vivo V30e 5G memastikan penggunaan tanpa gangguan sepanjang hari dan seterusnya.

Selain itu, vivo V30e 5G memastikan daya tahan yang kuat untuk memanjangkan jangka masa penggunaan harian. Reka Bentuknya dirangkumi struktur penyerap lengkap secara ketara bagi melindungi setiap komponen dalaman jika terjatuh. Selain itu, telefon pintar ini menampilkan kaca "Schott α" yang berkualiti tinggi, menyediakan kekuatan yang tiada tandingan untuk skrin. vivo V30e 5G mampu bertahan lama terhadap percikan air dan habuk dengan penarafan Ketahanan Habuk dan Air IP64, menawarkan perlindungan dalam keadaan penggunaan harian. Ujian teliti lebih dari 70 ujian kebolehpercayaan makmal yang terkawal menegaskan ketahanan dan kebolehpercayaan luar biasa vivo V30e 5G yang memastikan pengguna menikmati pengalaman harian yang tahan lama.

vivo menyambut kejayaan dan inovasi


Hari ini menandakan pelancaran rasmi vivo V30e 5G di Malaysia, dan juga sambutan ulang tahun ke-10 yang luar biasa bagi vivo. vivo telah berada di barisan hadapan inovasi, menginspirasikan ramai dengan teknologi yang menakjubkan selama sepuluh tahun. Penyambutan ini bukan hanya untuk mengiktiraf pencapaian masa lalu tetapi juga untuk merangkul perjalanan ke hadapan dengan optimisme yang teguh.

vivo Malaysia menghulurkan jemputan kepada semua rakyat Malaysia untuk menyertai dalam memperingati capaian ini dan projek-projek yang akan datang mengikut acara ulang tahun ke-10. Mari kita menantikan apa yang bakal berlaku pada masa yang akan datang dengan semangat yang tidak terbatas oleh vivo  dan kejayaan yang lebih besar.

Harga dan ketersediaan vivo V30e 5G


Harini merupakan hari pelancaran bagi vivo V30e 5G di Malaysia. vivo V30 5G boleh didapatkan dalam varian 16+256GB berharga RM1399. Rakyat Malaysia yang berminat untuk mendapatkan vivo V30e 5G boleh membuat pesanan awal bermula pada 2 Mei 2024 dan akan didatangi dengan beberapa hadiah percuma serta promosi istimewa. 



Berikut adalah maklumat mengenai harga, pesanan awal, promosi, dan ketersediaan vivo V30e 5G:



Pelanggan yang membuat pembelian pada 4 Mei, 2024 di mana mana kedai konsep vivo akan diberikan naik taraf storan secara percuma pada unit yang terhad bernilai sehingga RM200. Tertakluk kepada terma dan syarat. 

Ikuti perkembangan terkini dengan promosi terkini dan spesifikasi produk  vivo V30e 5G di laman web rasmi vivo Malaysia dan halaman Facebook vivo Malaysia.







Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter