Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Online Shopping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Online Shopping. Papar semua catatan

13 Jun 2017

Visa dan ShopBack Anjur Tiga Hari Kempen Buka Puasa Dalam Talian

 
Platform pulangan tunai (Cashback) terkemuka ShopBack dan syarikat teknologi pembayaran global Visa hari ini mengumumkan tawaran tiga hari kempen Buka Puasa ‘Jom Iftar Bersama ShopBack’, yang akan dianjurkan dalam bentuk tempahan makanan dalam talian menerusi Stor Visa di ShopBack Malaysia (https://www.shopback.my/visa) dari 14 - 16 Jun 2017.


Sepanjang tempoh acara ini, orang ramai boleh melawat laman web dan menempah makanan/baucer dari Eatigo, Fave by Groupon, Foodpanda, atau PappaDelivery untuk diri sendiri serta individu yang mahu mereka taja dan nikmati Buka Puasa bersama, di mana Visa dan ShopBack akan memberikan Cashback RM25 ke dalam akaun selepas itu.

Kami sangat gembira dapat bekerjsama dengan Visa menerusi kempen ini dalam semangat Ramadhan. Kami berharap untuk merakamkan penghargaan dan menggalakkan semangat perkongsian antara pengguna dalam talian di Malaysia, bermula dengan menempah dan berkongsi makanan bersama orang di sekeliling. Cashback yang diterima ini akan dipindahkan ke dalam akaun selepas pengesahan, yang juga adalah penjimatan yang boleh digunakan untuk sebarang tujuan yang baik.” Alvin Gill, Pengurus bagi ShopBack Malaysia berkata.

ShopBack Malaysia menjelaskan syarikat telah melihat 60% peningkatan dari segi bilangan pengguna di laman web dan aplikasi dalam tempoh enam bulan lalu, menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia berbelanja secara berhemah dan sentiasa mencari cara-cara untuk berjimat kerana cabaran ekonomi semasa.


Kini, terdapat lebih dari 650,000 rakyat Malaysia membuat pembelian dalam talian menerusi akaun ShopBack setiap bulan. Syarikat tersebut bekerjasama dengan lebih 500 rakan e-dagang dan antarabangsa seperti Booking.com, Fave by Groupon, Foodpanda, Hermo, Lazada, Zalora dan banyak lagi untuk memberi ganjaran kepada pengguna sehingga 30% tunai setiap kali mereka berbelanja dalam talian.

ShopBack ialah platform CashBack terkemuka di Asia Tenggara yang telah membantu pembeli dalam talian di Malaysia menjimatkan sehingga RM13.5 juta sehingga kini. Selain Malaysia, ShopBack juga terdapat di India, Indonesia, Filipina, Singapura dan Taiwan. 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web ShopBack Malaysia atau ikut Facebook rasmi mereka.







14 Mac 2017

5 Hajat Hadiah Harijadi Yang Perlu Capai Tahun Ini

 
Walaupun harijadi lambat lagi bulan 7 nanti tapi dari sekarang mesti pasang hajat untuk dapat hadiah-hadiah yang istimewa. Setiap tahun bila tiba harijadi kita akan hajatkan sesuatu yang lain dan pastinya ia sesuatu yang sukar untuk kita dapatkan tapi orang lain boleh bantu untuk dapatkannya.


Macam selalu orang buat bila nak hajat tercapai pelbagai perkara yang dilakukan macam mula menyimpan duit, berjimat cermat berbelanja, cari pendapatan sampingan dan banyak lagi. Mesti korang semua nak tahu apa hajat yang saya harapkan akan tercapai menjelang hari jadi saya tak lama lagi. Sebenarnya ada banyak lagi tapi setakat ni 5 hajat yang paling penting dan sangat-sangat perlu saya dapatkan tahun ini.

1) Percutian di Berjaya Tioman Malaysia Resort 

Saya ni bukan selalu dapat bercuti tak kisah dalam negara apatah lagi luar negara. Mungkin sibuk dengan kerja dan juga bajet yang tidak seberapa. Tapi tahun ni berharap sangat dapat pergi bercuti kat Pulau Tioman. Sebab suka sangat nak pergi sana kerana ia tersenarai antara 10 pulau tercantik di dunia.


Kebetulan kat sana ada Berjaya Hotel & Resort jadi dah tengok pun pakej yang ditawarkan di sana. Harga sangat berpatutan dan boleh dapat lagi diskaun kalau beli guna laman web Shopback. Nanti last saya cerita bagaimana nak guna laman web tu. 

2) Kek harijadi dan coklat

Mesti lah nak hadiah kek yang special dan mewah bila celebrate brithday kan. Jadi saya suka sangat dengan produk kek dan juga hadiah daripada Flower Advisor. Sangat menarik dan juga sangat berpatutan.



Korang leh tengok pakej yang ditawarkan oleh mereka ini dengan kek coklat dah juga jambangan coklat menjadi kegemaran saya. Boleh dapat lagi promosi daripada Shopback caranya last sekali saya tunjukkan.

3) Produk Memasak Chef Line

Nak produk ni sebab senang nak masak dan nak suruh bakal isteri masak nanti. Saya piliha hadiah ini bukan untuk saya sahaja tapi untuk kegunaan keluarga. Harap sangat dapat hadiah istimewa set periuk dari jenama popular ChefLine ini.

Setakat ni nampak ada jual kat Go Shop sahaja tapi boleh beli melalui Shopback kerana boleh dapat cash money dalam akaun. Nak tahu macam mana last post ni saya cite bagaimana caranya.

4) Laptop Dell Latitude

Ini adalah hajat paling best kalau dapat dipenuhi tahun ini. Maklumlah sebagai seorang blogger dan banyak bekerja dalam bidang IT dan teknologi ini sangat-sangat menggunakan laptop sendiri. Tak minta jenama mahal atau speck yang tinggi cukup untuk dapat update blog dah cukup.


Sebab tu saya nak jenama Dell ini kerana saya ada tengok kat Lazada ada jual. Sapa nak kasi hadiah laptop ni harap Shopback dapat tunaikan hajat saya ini hehehe.

5) Canon Pixma Printer Gold

Dah ada laptop mesti kena ada printer sebab ia memudahkan nak print, scan dan photocopy nanti. Jadi saya juga memerlukan Canon Pixma Printer ini agar kerja saya senang dan lebih lancar. Tengok kat Lazada pun dah ada tak adalah mahal sangat tapi kalau ada yang nak bagi saya sangat-sangat bersyukur.


Tu lah antara 5 hajat untuk hadiah harijadi yang akan datang nanti. So sapa nak bagi semua ni? Harap Shopback dapat bagi semua hadiah ini kerana mereka tengah adakan pertandingan Win A Wish  sempena dengan ulang tahun ke 2 Shopback Malaysia.


Apa itu Shopback? Ia adalah laman yang memberi cashback atau rebates sekiranya kita membeli apa-apa sahaja dalam senarai merchants yang mereka ada. Ia akan memberi korang rebat tunai untuk pembelian dalam laman web mereka daripada membeli terus dari peruncit dalam talian. Mereka juga telah stabil di 5 buah negara Singapore, Philippines, Indonesia, India dan Taiwan.

Cara Shopback berfungsi

Cara menggunakannya sangat mudah  korang hanya perlu masuk ke laman web Shopback.my dan pilih mana-mana laman untuk membeli belah seperti Berjaya Hotel & Resort, Lazada, Go Shop dan FlowerAdvisor. Kemudian korang akan didirect terus ke laman tersebut dan buat pembelian sehingga berjaya. Lepas tu nanti korang akan dapat cash back ke dalam local akaun korang. 


Sangat mudah, flexible dan juga membantu dalam korang membeli belah secara online dan dapat pula cash back terus ke akaun. Tengok apa yang saya telah dapat setakat ini sebab saya memang suka membeli secara online ni. Ada peluang macam ni tak rugi cuba malah lebih untung dapat duit balik. Jadi daftar sekarang di Shopback.

Maklumat lanjut layari :





19 Februari 2017

Section1.com.my Gerbang Baru Beli Belah Secara Online

 
Menggunakan internet untuk membuat perniagaan menjadi begitu cepat dan pantas di Malaysia. Ini kerana begitu banyak business secara online yang mula mendapat perhatian dihati pembeli di Malaysia. Bukan kerana mudah dan cepat juga promosi dan tawaran yang banyak membuatkan ia menjadi pilihan pembeli.


Kini muncul satu lagi gerbang beli belah secara dalam talian yang dibangunkan oleh penuntut-penuntut pelajar UiTM Shah Alam. Section1.com.my diambil semperna nama kampus utama UiTM Shah Alam yang menjadi induk kepada business online ini. 


Di Section1 ini menawarkan pelbagai produk daripada vendor-vendor yang baru bertapak juga yang telah stabil dalam dunia business. Paling utama mengumpulkan barisan selebriti popular tanah air yang juga melibatkan diri dalam bidang business ini. Antara mereka yang menjual produk dalam Section1 ini seperti Anis Al Idrus, Ziana Zain, Anzalna, Kaka Azraff, Wak Doyok, Hafidz Roshdi dan banyak lagi.


Di sini juga boleh dapat pelbagai produk dari pelbagai kategori yang kita selalu guna seharian seperti fashion, perkakasan rumah, aksesori, pekakasan elektronik, kesihatan, kecantikan, makanan dan macam-macam lagi. Mendaftar secara percuma dan tiada cas dikenakan ia pasti memberikan pengguna peluang membeli lebih selesa dan seronok. 

Bagi usahawan muda dan usahawan baru nak cari network jualan produk mereka boleh mula di sini. Ini kerana ia satu pletform yang bagus dan juga mampu membantu usahawan ini marketkan produk mereka dipasaran lebih luas dan jauh. Layari www.section1.com.my sekarang dan dapatkan pengalaman membeli belah secara peribadi. 





16 Februari 2017

Shopee Lancar Mobile Madness Campaign Untuk Pembelian Bulan Februari

 
Shopee, pasaran mudah alih pertama yang terkemuka dengan 25 juta pemasangan di seluruh Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Mobile Madness Campaign di Malaysia sepanjang bulan Februari, yang menawarkan tawaran telefon mudah alih yang terbaik yang akan memacu pencinta berteknologi menjadi kegilaan membeli-belah.


Sehingga Februari 2017, Shopee Malaysia telah mencatatkan lebih daripada 2 juta pemasangan ketika sedang diiktiraf sebagai satu-satunya platform yang menyediakan kedua-dua Penghantaran percuma dan Zero (0) Komisen untuk kedua-dua pengguna dan peniaga. Dengan berbuat demikian, Shopee mampu lulus pada semua penjimatan kos daripada peniaga terus kepada pengguna akhir, memastikan bahawa ia mengekalkan harga terendah di seluruh negara untuk semua tawaran telefon mudah alih.

"Memandangkan berbeza kami kelebihan harga, kategori telefon mudah alih kami adalah salah satu kategori yang paling pesat berkembang di Shopee. Melangkah ke hadapan, kita mahu meletakkan Shopee sebagai pergi ke platform di minda rakyat Malaysia apabila ia datang untuk membeli telefon mudah alih mereka seterusnya. Sepanjang kempen, Shopee akan bekerjasama dengan jenama terkenal seperti Samsung, OPPO, Xiaomi, Huawei, ASUS, Honor dan Lenovo untuk untuk menawarkan tawaran yang terbaik untuk pengguna kami. Dengan Shopee, pengguna boleh memastikan bahawa mereka mendapat telefon mereka untuk harga terendah di seluruh negara," kata Pengarah Urusan Serantau, Ian Ho dinyatakan.

Pengarah Urusan Serantau, Ian Ho

Kemuncak kempen, '8 Days of Mobile Madness' akan berlangsung dari 21-28 Februari, menampilkan jenama telefon mudah alih yang paling popular dimana anda boleh membeli dari serendah RM150! Setiap hari, Shopee melancarkan promosi yang berbeza untuk membawa keluaran yang terbaik tawaran telefon mudah alih pada anda semua. Sentiasa semak Shopee App anda untuk mengetahui model telefon bimbit dan aksesori untuk direbut bagi memenuhi keperluan mudah alih 2017 anda.


Untuk memulakan momentum, pengguna boleh menyertai peraduan 'Show Your Crack' 9-24 Februari 2017. Pengguna tegar mudah alih boleh snap gambar skrin telefon retak dan muat naik ke dalam Facebook & Instagram untuk memenangi satu jenama baru telefon Huawei P9. Setiap penyertaan akan diberi ganjaran dengan baucar RM50 sah untuk digunakan untuk pembelian telefon bimbit mereka yang seterusnya.


Selebriti terkenal / berpengaruh seperti Anzalna Nasir, Kamal Adli, Faiz Dickie dan Ucop adalah di antara mereka yang akan menyertai dalam keseronokan Shopee Mobile Madness. Simpan berkaitan dengan ikon anda untuk mengetahui lebih lanjut! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.shopee.com.my dan melaliu Shopee App  boleh dimuat turun secara PERCUMA di App Store dan Google Play.






28 November 2016

Rakyat Malaysia Menjadi Tidak Tenteram Bila Tiba Tarikh 11.11

 
Apa yang misterinya tarikh 11.11 yang menjadikan rakyat Malaysia tidak senang duduk. Makcik-makcik dan akak-akak asyik mengadap PC dan handphone jer 8 jam tak keluar makan dan pergi tandas pada tarikh tu. Bertambah gelisah bila tidak dapat membukanya pada tarikh tersebut. Jadi resah sekiranya tidak dapat menikmati keseronokan pada tarikh tersebut.


Itu yang telah menjadi fenomena kepada rakyat Malaysia bermula tarikh 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016. Online Revolution membawa wabak kepada kaki shopping online dalam talian Lazada.com.my. Jualan harga runtuh untuk rakyat Malaysia sempena hujung tahun ini membuatkan kad kredit anda tidak akan henti transaksi.


Online Revolution membawakan 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa serta lebih 500 ribu produk untuk dimiliki. Wow sapa tak rambang mata dengan promosi diskaun sehingga 70% bagi sesetengah barang. Rasa tangan ni menggeletak jer nak layari laman web Lazada setiap hari untuk dapatkan tawaran ini.


Bermula tarikh tu ada pelbagai produk daripada pampers pakai buang sehingga kepada produk sebesar peti ais ada dijual di Lazada dengan harga murah. Saya pun terus terjebak dengan beli satu telephone pintar ini sebab harganya sangat-sangat murah jauh daripada harga dipasaran. ZTE Blade V7 Lite Gold ni telah jadi milik saya hehehe.



Tu baru satu hari belek-belek Lazada ni kalau dah hari-hari ada promosi memang setiap hari satu baranglah saya akan beli. Kalau tak ada cash di bank jangan risau boleh guna kredit kad korang dan nanti hujung bulan bayar lah balik duit yang guna tu jangan tangguh tau. Tips yang saya guna untuk beli secara online sebab tu selalu boleh dapat yang murah dan latest.


Selain beli-belah secara lebih murah korang juga berpeluang dapat hadiah istimewa daripada rakan partner mereka. Korang berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa 'Online Revolution' 2016 berlangsung ini. Tunggu apa lagi cepat rebut sekarang saya nak terus lagi membeli ini. Selamat bershopping semua.




11 November 2016

Lucky 11.11 Buat Semua Pembeli Onlien Dan Kaki Jalan Di Malaysia

 
Tarikh 11.11 bersamaan dengan hari Jumaat yang sangat banyak perkara menarik belaku tahun ini. Daripada promosi perlancongan juga kepada jualan Mega Sale online buat pembeli di Malaysia. Ada banyak aktiviti dan jualan murah yang mesti kena tahu sempena dengan tarikh ini.

Experience Macao & Year End Macao Mega Sale!


Sempena dengan promosi melawat Macao hujung tahun ini pihak pelancongan dari Macao di Malaysia telah merangka satu program yang menarik bermula dari tarikh 11.11.2016 sehingga 3 hari 13.11.2016 yang bertempat di Paradigm Mall.


Acara ini adalah sebahagian daripada usaha Pejabat Pelancongan Kerajaan Macau untuk menggalakkan pelancong untuk datang ke sana dan nikmati pelbagai aktiviti yang menarik. Dalam bulan Disember tahun ni sahaja ada pelbagai yang seronok menanti anda antaranya :-


  1. 2016 Macao Galaxy Entertainment International Marathon, 
  2. 2016 Parade melalui Macao
  3. City Latin
  4. Macau Light Festival, 
  5. 1st International Festival Filem & Awards Macao 
Pada acara event tu berlangsung 3 hari ada juga pelbagai pemainan dan hadia menarik menanti pengunjung yang datang dan dapatkan pakej-pakej percutian menarik di sana. Antara permainan menanti anda adalah :- 


  • Percuma 300 pelanggan akan menerima Golden Tiket Reel dan Aksesori Perjalanan dengan pembelian Pakej Macao penginapan satu malam minimum.
  • Race Grand Prix Simulator.
  •  Puzzle Games
  •  SMS LUCKY DRAW 
         1) Book a Macao Package sebelum 31st DEC 2016
         2) SMS <LOVEMACAO><SPACE><What you love about Macao?>
         3) Hantar ker 68886
         4) Menangi kad Touch n Go bernilai RM500.

LAZADA 11.11 Online Revolution 


Ini paling dinantikan buat semua akak-akak dan makcik-makcik terutama yang suka sangat shopping secara online. Lazada kembali lagi tahun ini untuk tarikh 11.11 dengan jualan paling meletop setiap tahun. Diskaun untuk kebanyakan barang sehingga 50% lebih murah dari biasa melibatkan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa.


Lazada Malaysia juga memberi peluang kepada pengguna untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa “Online Revolution” 2016.


Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Layari Lazada.com.my sekarang bermula 11.11 ini untuk dapatkan tawaran kerana setiap barang ada tawaran hari tertentu sahaja dan sekiranya tawaran habis maka habislah terlambat. 





 
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter