Total Pageviews

August 13, 2018

Tips Memilih Service Penghantaran Barang Terbaik Dan Cepat - Lalamove

Posted by   on

Malaysia mempunyai ekonomi yang sedang berkembang pesat dengan kadar penggunaan teknologi yang tinggi. Tidak lepas juga para usahawan yang sering mengutamakan perkhidmatan mereka adalah yang terbaik dan terpantas. Namun selalu kita lihat tentang komplen penghantaran barang yang lambat dan juga tidak seperti mana yang dijanjikan semasa waktu pembelian.


Akan menjadi mangsa adalah peniaga dan juga pembeli sedangkan yang menjadi pengantara kepada dua orang ini adalah penghantar barang. Tapi tidak semua penghantar barang adalah tidak bagus dan juga tidak efisyen. Tapi ketahui beberapa tips dan pendapat yang perlu dipertimbangkan oleh peniaga diluar sana atau pengguna untuk menggunakan perkhidmatan penghantar barang yang betul-betul boleh memenuhi semua kehendak.

3 tips pemilihan perkhidmatan penghantaran barang:-

1) Tempoh Penghantaran Yang Singkat

Dahulu kita selalu diberitahu tentang kalau nak pos barang atau nak hantar sesuatu mesti lebih daripada sehari. Itu tidak mustahil dizaman sekarang ini kerana masa adalah perniagaan dan itu menjadi garis panduan kepada kejayaan sesuatu perniagaan. 


Kalau boleh cari perkhidmatan yang paling cepat boleh sampai kurang daripada satu jam untuk sesetengah kawasan. Malah mungkin tidak mustahil akan sampai dalam beberapa minit sahaja kepada pembeli. Itu lagi bagus dan sangat memberi kesan kepada peniagaan terutamanya yang membuat service penghantaran bahan tidak tahan lama seperti makanan.

2) Keselamatan Barang 

Kalau laju penghantaran tapi barang yang dihantar tidak sampai dalam keadaan baik seperti mana yang dibeli oleh pembeli juga tidak berguna. Jadi penting juga kepada peniaga untuk cari khidmat penghantaran yang meastikan barang dihantar seperi mana yang asal dan kualiti terjamin.


Kalau makanan paling penting adalah kesegaran dan juga kualiti masakan tu semasa penghantaran dan sampai kepada pembeli tidak sejuk atau rosak. Jadi ini faktor yang mempengaruhi juga bayaran dan service yang perlu anda pertimbangkan.

3) Pembayaran Melalui Sistem Online

Sekarang zaman cashless atau lebih banyak yang menyediakan khidmat e-wallet. Ala kalau korang tak pasti dimana sistem yang membuat pembayaran dalam talian dan tidak menggunakan cash. Jadi pengguna perlu kepada pekara ini kerana ia lebih selamat dan juga memudahkan mereka untuk membeli pada bila-bila masa sahaja.

Kalau nak kena buat bayaran pernghantaran secara tunai ia agak menyukarkan tapi kalau ada sistem semua dalam satu applikasi sangat bagus. Lagi mudah ia disediakan dalam satu applikasi dalam telefon lagi sangat mudah dan cepat semua boleh buat dalam satu apps sahaja. Pemantauan dan juga pembayaran serta tempahan segala dihujung jari.

Lalamove Memenuhi Khidmat Penghantaran Cepat


Kalau anda mencari semua ciri-ciri yang ada seperti mana dalam pemerhatian dan pendapat di atas terhadap perkhidmatan penghantaran barang ada satu yang paling sesuai. Lalamove ada segalanya pasti membuatkan kerja dan peniagaan anda lebih maju dan lebih berdaya saing. Lalamove adalah perkhidmatan barang diukur berdasarkan minit bukan lagi hari.  Kepantasan ini dibolehkan oleh pemadanan pemandu-pemandu dengan para pengguna menerusi aplikasi Lalamove dalam tempoh beberapa saat sahaja.


Walaupun baru sahaja 3 bulan perkhidmatan ini berada di Kuala Lumpur tetapi permintaan yang sangat memberangsangkan. Ia dibuktikan dengan perkhidmatan ini telah menyempurnakan pernghantaran sekitar 300 penghantaran setiap hari dan menyokong operasi lebih daripada 200 perusahaan kecil sederhana dengan rangkaian lebih 1,800 pemandu berdaftar.


Selain itu juga, Lalamove memanfaatkan teknologi internet, applikasi mudah alih dan sharing economy untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran on-demand sebagai satu platform penghantaran bersepadu. Platform penghantaran mereka direka dengan pemantauan GPS real-time, perkhidmatan 24 jam, tujuh hari seminggu malah sistem penilaian pemandu bagi memastikan para pengguna sentiasa mempunyai gambaran berkenaan penghantaran mereka.


Menariknya perkhidmatan penghantaran Lalamove ini dikenakan cas harga berdasarkan jarak penghantaran dan bukan berdasarkan berat pakej. Sebelum ini Lalamove telah beroperasi di lebih daripada 100 bandar besar di China, Hong Kong, Singapura, Vietnam, Thailand, Filipina dan Taiwan. Kini telah berada secara rasmi di Malaysia anda boleh nikmati diskaun dengan penghantaran pertama dengan kod GOODNEWS yang memberi potongan sehingga RM8 dan sah sehingga 31 Ogos 2018 sahaja. 


Tunggu apa lagi boleh muat turun aplikasi ini dari Apps Store dan Google Store secara percuma dan daftar menjadi pengguna serta boleh terus gunakan sahaja. Tanpa rasa ragu dan was-was lagi kerana barang anda dijamin sampai cepat. Mereka akan kembangkan perniagaan ini ke bandar lain di Malaysia seperti Penang dan Johor Bahru

Maklumat lanjut layari :








12 comments:
Write comments
  1. Wah nampak menarik servis macam ni. Sesuai sgt bagi yang tak cukup masa dan yg malas nak hadap jem. Lagipun sistem pun lebih secure kan

    ReplyDelete
  2. Mesti dapat idea nama company ni masa tengah lalalalalala.....hehe....nama sangat catchy. Harap2 perkhidmatan yang diberikan pun bagus.

    ReplyDelete
  3. Yess.. akhirnya ada jugak service mcm ni. Utk brg2 penting perlu delivery cepat mmg bagus la..dah ada good record dinegara2 lain mmg patut ada diMalaysia

    ReplyDelete
  4. Makin lama makin banyak servis penghantaran makanan macam ni kan..akak nak cuba next week..dh install dh apps ni..ada masa akak malas nak bawak bekal so nak cuba la order makanan guna apps ni

    ReplyDelete
  5. Lebih banyak servis mcm ni kat malaysia bestla. Memberi banyak pilihan kannn. Harga servis yang ditawarkan sangat berpatutan kan

    ReplyDelete
  6. Sis belum berkesempatan lagi nak cuba service diaorg ni. Memang teruja sangat nak cuba..:D. Ingat nak cuba beli makanan dulu gunakan khidmat diorg..:D

    ReplyDelete
  7. bagus giler ada perkhidmatan macam ni..kata boleh beli makanan ye, pastu diaorang tolong beli dan hantar erk..ahaha..

    ReplyDelete
  8. Wah Lalamove ni betul-betul servis tahun 2020..cepat, pantas dan berkualiti.harapnya servis sebegini diikut oleh syarikat penghantaran lain juga!

    ReplyDelete
  9. Kalau dapat hari yang sama Ibu pun suka, sebab nak barang urgent kan. Terutama untuk barnagan mudah rosak seperti makanan

    ReplyDelete
  10. Wahh Lalamove, bertambah lagi satu system kurier di Malaysia ye. Memang perlu penambahan pun sebab kalau semua nak guna Poslaju terlalu banyak parcel. Harap dengan penambahan kurier ni kita dapat buat penghantaran dengan cepat.

    ReplyDelete
  11. Lalamove eh nama pun dah catchy dan menarik .Baguslah dah ada sistem kurier baru di Malaysia .Atleast rakyat Malaysia ada bnyak pilihan untuk membuat penghantaran barang .Servis Yang menarik dan cepat selalunya menjadi pilihan

    ReplyDelete
  12. lala lala lala. Hantar barang dapat hari yang sama. Lala lala lala suka hati barang dapat segera. Lala lala lala. Hatiku gumbira tidak terkira

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter