Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Covid-19. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Covid-19. Papar semua catatan

24 Mac 2020

Vietjet Menawarkan Insurans 'Sky Covid Care' Kepada Semua Penumpangnya

 
Syarikat penerbangan baru Vietjet menawarkan perlindungan SKY COVID CARE dengan perlindungan dari VND20,000,000 (US $857) kepada maksimum VND200,000,000 (US $8.570) untuk semua penumpang yang terbang pada penerbangan domestiknya dari 23 Mac 2020 hingga 30 Jun 2020.


Dengan insurans, penumpang layak untuk perlindungan insurans dan faedah dari Vietjet dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh penerbangan mereka, tanpa mengira sumber penularan.

Vietjet akan membayar puluhan juta bil Donggi premium insurans untuk memastikan keselamatan penumpang semasa terbang pada pesawat moden dan selesa yang dihidangkan oleh krew kabin muda dan profesional. Keselamatan penumpang dan krew kabin dilindungi pada tahap tertinggi terhadap semua risiko Covid-19.


Untuk layak mendapat perlindungan insurans, penumpang perlu memberikan semua maklumat mengikut 'Terma dan syarat' Vietjet apabila membeli tiket dan menggunakan perkhidmatan penerbangan; dan mematuhi semua peraturan mengenai pencegahan dan kawalan Covid-19 Vietjet, Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan.

Dengan ketidakpastian semasa yang disebabkan oleh virus Covid-19, Vietjet berhasrat membawa nilai-nilai dan jaminan yang manusiawi kepada semua penumpang dan masyarakat. Maklumat lanjut mengenai insurans CARE SKY COVID boleh didapati di laman web Vietjet www.vietjetair.com.








9 Mac 2020

Adakah Covid-19 Menjejaskan Pasaran Saham Seluruh Dunia - Wahed Invest

 
Tiada sebab untuk bimbang dengan pergolakan pasaran dalam masa terdekat.

Dengan berita pergolakan pasaran saham terkini - naik turun harga saham - kami faham bahawa ramai pelabur akan risau dengan bagaimana ianya akan memberi kesan kepada pegangan portfolio pelaburan.

Wabak virus COVID-19 sememangnya mengancam rantaian bekalan global dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi-ekonomi utama dunia. Namun, wabak penyakit seperti ini sebenarnya hanya mempunyai kesan seretan sementara kepada pertumbuhan ekonomi dan biasanya tidak berpanjangan.

Seperti yang tertera pada graf prestasi 40 tahun yang lepas MSCI World Index (Indeks yang merangkumi pasaran utama sedunia) di atas, kebanyakan wabak tidak mempunyai kesan ke atas pergerakan jangka panjang pasaran saham global.


Pasaran mungkin merudum dalam jangka masa pendek tetapi bangkit semula untuk tempoh lebih lama

Dalam masa yang terdekat, pergolakan pasaran saham adalah disebabkan oleh penjualan yang dipengaruhi oleh kepanikan. Dalam keadaan ini, adalah lebih mudah untuk pelabur mengalami kerugian yang lebih besar kerana kerugian tersebut direalisasikan dengan penjualan saham di kala harga turun (menyerap impak kejatuhan harga). Biasanya pelabur akan terlepas peluang menikmati pergerakan harga pasaran yang naik semula setelah kepanikan mula hilang.

Adalah lebih berbaloi untuk pelabur kekalkan tahap pelaburan dan menunggu pasaran saham meningkat semula. Kajian telah menunjukkan bahawa purata tempoh bagi ‘pasaran menurun’ (bearish market) adalah kurang daripada satu per lima purata tempoh bagi ‘pasaran menaik’ (bullish market).

Dalam pada itu, purata peratus penurunan bagi bear market adalah -28% manakala purata peratus kenaikan bagi bull market adalah melebihi +128%. Oleh itu, risiko sebenar kepada pelabur bukan dari kerugian -28% (yang mungkin dialami dalam jangka masa pendek) tetapi melepaskan peluang mencapai potensi keuntungan setinggi 128%.


Secara ringkas, tiada tindakan yang diperlukan daripada anda, lebih-lebih lagi dengan kepelbagaian portfolio Wahed anda yang sejajar dengan pelan pelaburan jangka masa panjang.

Apa yang patut anda lakukan?

Elakkan daripada terpengaruh dengan pergolakan pasaran

Pelaburan pasif adalah memfokuskan kepada matlamat pelaburan jangka masa panjang. Kerugian jangka pendek adalah salah satu lumrah bagi pelaburan jangka masa panjang. Justeru, adalah penting untuk anda sentiasa melabur secara konsisten bagi memastikan prestasi kemampanan pertumbuhan portfolio anda.

Dengan ciri deposit berkala yang baru kami lancarkan pada bulan Januari 2020, anda boleh mula membuat deposit secara berterusan dan automatik - sama ada secara mingguan atau bulanan - ia membantu anda merentasi naik turun pasaran selaras dengan prestasi portfolio pilihan anda. Fahami dengan lebih lanjut cara untuk menetapkan deposit berkala.

Tukar kepada portfolio baru yang mengikut profil risiko anda

Sekiranya pergerakan pasaran terlalu tidak menentu untuk anda, anda boleh memilih portfolio yang lebih sesuai dengan profil risiko anda. Kini, Wahed mengeluarkan ciri pengubahan portfolio dimana anda boleh memilih di antara 6 jenis profil risiko yang disediakan atau menjawab semula soalan selidik selaras dengan pilihan risiko anda. Fahami dengan lebih lanjut cara untuk mengubah penetapan portfolio.


*Anda hanya boleh menukar portfolio anda sekali dalam setiap tiga bulan. Tiada caj yang dikenakan untuk penukaran portfolio.

Sekiranya anda tiada akaun pelaburan dengan Wahed Invest daftar di sini sekarang juga >>> https://app.wahedinvest.com/referral kemudian masukkan referral kod 'MAHMOH7' untuk dapat bonus USD5. Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada Wahed Investment melalui malaysiasupport@wahedinvest.com.









21 Februari 2020

Antabax Perkenal Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat Elak Jangkitan Covid-19

 
Antabax telah menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan untuk melancarkan kempen Tangan Bersih Hidup Sihat. Ia bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid sekolah untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti Novel Covid-19 dan Influenza di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3).


Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat yang dibangunkan oleh Antabax memudahkan pemahaman mengenai kesihatan menerusi penceritaan, visual berwarna-warni, lagu dan pergerakan tarian yang membantu kanak-kanak mengenal pasti tanda-tanda serta simptom penyakit-penyakit berjangkit yang biasa. Mereka juga diajar tentang langkah pencegahan yang mampu mengurangkan risiko jangkitan dan penyebaran penyakit berjangkit. Selain apa yang perlu dilakukan jika mereka atau rakan-rakan yang lain rasa kurang sihat.

Di peringkat global, peringkat pertama menghalang daripada jangkitan penyakit seperti Covid-19 dan Influenza A adalah dengan kerap membasuh tangan mengunakan sabun atau pembersih tangan berasaskan alkohol jika tangan tidak nampak kotor[1]. Langkah itu bagi membunuh kuman yang ada di atas permukaan tangan dan mengelak daripada ia dipindahkan ke bahagian muka, mulut atau hidung di mana kuman boleh masuk ke dalam sistem pernafasan dengan mudah.

"Membasuh tangan adalah langkah pencegahan penting yang perlu diamalkan oleh orang ramai sekarang. Melalui Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat ini, kami harap kanak-kanak akan tahu tentang pentingnya membasuh tangan serta amalan-amalan asas kebersihan yang lain. Ini kerana ia dapat membantu mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit,” kata Encik Azman Ab Rashid, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lebih 300 murid dan guru dari SK Presint 11 (3) Putrajaya mengambil bahagian dalam kempen kesihatan ini. Mereka belajar tentang asas kempen Tangan Bersih Hidup Sihat yang dijalankan oleh pasukan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya.


Antabax, satu jenama sabun buku, pencuci tangan, buih mandian, pembersih tangan dan pengelap halal buatan Malaysia sentiasa aktif dalam memberi kesedaran mengenai kesihatan di negara ini selama lebih sedekad.

Daripada pelbagai kempen, kami telah membangunkan kandungan yang membolehkan kanak-kanak faham, ingat dan mengamalkan tabiat yang membantu mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit.

“Kami juga menyumbang produk Antabax supaya mereka mempunyai barangan keperluan kebersihan di tangan dan di rumah. Sudah terbukti bahawa Tangan Bersih Hidup Sihat. Jadi, basuh tangan anda dengan kerap dan betul untuk mengurangkan jangkitan penyakit berjangkit menggunakan sabun dan pembersih tangan Antabax atau jenama lain. Apa yang penting adalah memastikan tangan anda sentiasa bersih,” kata Pengurus Besar Kanan Antabax, Francis Ng.

Pn Nur Hakimah binti Roslan, guru dari SK Presint 11(3) Putrajaya memberitahu kempen Tangan Bersih Hidup Sihat diterima baik oleh murid-murid kerana ia menggunakan ilustrasi, lagu dan permainan yang mudah difahami. Ia sememangnya dapat menyampaikan mesej penting iaitu Tangan Bersih Hidup Sihat.


Dengan adanya pasukan daripada Kementerian Kesihatan yang menunjukkan langkah-langkah kebersihan menyedarkan murid-murid ini tentang betapa seriusnya penyakit berjangkit seperti influenza. Manakala penceritaan oleh Antabax membantu mereka mengingati langkah-langkah tersebut dengan lebih baik,” katanya.

“Saya kini tahu bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul, menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk, berada dalam jarak yang selamat dari mereka yang sakit, selain memberitahu orang lain jika saya ada simptom inflenza. Tangan Bersih Hidup Sihat,” kata Zuhaira, pelajar dari Sekolah Kebangsaan Presint 11(3) Putrajaya.

Jadilah sebahagian daripada komuniti dan ketahui lebih lanjut tentang kempen dan inisiatif terkini dengan mengunjungi laman Facebook rasmi Antabax www.fb.com/NewAntabax atau @antabax on Instagram.








Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter