Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Shopping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shopping. Papar semua catatan

20 Disember 2018

Enam Kelebihan Membeli Belah Di Jenamalokal.com

 
Bangga sangat sekarang dah ada satu platform jualan 'Online Marketplace' yang hanya mempamer dan menjual produk dari jenama tempatan (Malaysia). Mesti anda kurang kenal dengan Jenamalokal.com ini nak banding dengan nama beli-belah online yang dah cukup popular. Namun ia mempunyai beberapa kelebihan yang memberi keuntungan kepada penjual produk mahupun pembeli.


JenamaLokal berhasrat untuk menjadi platform bagi menyebarkan maklumat dan kebaikkan tentang produk jenama tempatan dan secara tidak langsung memartabatkan produk jenama tempatan. Ini akan memberi persaingan sihat produk tempatan dengan lambakkan produk luar negara melalui platform yang datang daru luar negara.

Enam Kelebihan Membeli-belah di Jenamalokal.com


1. JenamaLokal adalah sebuah Online Marketplace pertama yang mempamer dan menjual barangan tempatan dari jenama yang dipercayai dan pembeli akan membuat pembelian terus daripada pengeluar produk jenama tempatan.

2. Setiap pembelian akan mendapat mata ganjaran (Points) di mana setiap mata ganjaran yang dikumpul boleh digunakan untuk membuat pembelian seterusnya.

3. Sistem pembayaran yang mudah dan selamat di mana anda bukan sahaja boleh membuat pembayaran menggunakan 'Online Banking', kad kredit/debit, 'PayPal' malah anda juga boleh membuat pembayaran menggunakan 'e-wallet' seperti 'BOOST wallet', 'Vcash wallet' dan 'Web cash' 24 jam.

4. Setiap pembelian boleh dipantau dengan sistem 'Live Tracking' di mana anda hanya perlu memasukkan 'Tracking Number' yang diberikan selepas membuat pembayaran untuk menyemak status barangan yang dibeli dan pembeli akan menerima SMS/Whatsapp untuk memberitahu penghantaran hari dan waktu barangan yang dibeli akan tiba.

5. Pembeli boleh berhubung dan bertanyakan soalan terhadap barangan/produk yang hendak dibeli terus kepada peniaga dengan sistem 'Live Chat' yang disediakan di dalam Platform JenamaLokal.com.

6. Jika pembeli ingin mendapatkan info lanjut tentang sesuatu produk yang dijual di dalam JenamaLokal, pembeli boleh mengikuti media sosial JenamaLokal dan yang menariknya setiap pengeluar produk tempatan selalu membuat pemberian produk percuma serta voucher diskaun mereka khas untuk pengikut media sosial JenamaLokal.


Bestnya kat sini ia dilengkapi dengan sistem pembayaran yang selamat serta sistem penghantaran yang mudah bagi peniaga dan juga kepada kita selaku pembeli. Ini adalah perkara yang paling penting sebelum kita membeli kat satu platform online. Dalam platform ini terdapat banyak kategori barangan yang boleh didapati seperti Fashion, Health & Beauty, Accessories, Food & Beverage, Sports & Outdoor, Home & Living, Handicraft, Baby & Toys, Ticket & Voucher serta macam-macam lagi.


Enam Kelebihan Menjadi Peniaga Di Jenamalokal.com 


1. Peniaga akan mendapat laman niaga (Storepage) untuk jenama anda sendiri yang boleh digunakan sebagai laman sesawang jenama peniaga sendiri.

2. Laman niaga (Storepage) peniaga juga boleh meletakkan pautan media sosial peniaga supaya pelangan mudah mendapatkan info tambahan tentang produk peniaga.

3. Sistem pembayaran yg mudah dan selamat di mana pelanggan boleh membuat pembayaran dengan pelbagai cara dan peniaga boleh menebus wang penjualan mereka sebaik sahaja pelanggan mendapat barangan/produk mereka.

4. Penghantaran produk peniaga akan diuruskan oleh JenamaLokal untuk dihantar kepada pelanggan di mana produk yang beli pelanggan akan diambil dari tempat peniaga beroperasi dan terus dihantar kepada pelanggan.

5. Sistem 'Dashboard' yang mesra pengguna di mana peniaga mudah untuk memuat-naik gambar dan maklumat produk yang hendak dijual dan laporan pembelian dari pelanggan.

6. JenamaLokal mengekalkan eksklusif terhadap jenama peniaga di mana hanya pemilik jenama atau ibu pejabat sahaja yang dibenarkan untuk membuat pendaftaran supaya tiada permainan harga dari pihak ketiga, agen atau 'reseller'.

7. Pelanggan anda juga boleh membuat 'Review' terhadap barangan/produk peniaga untuk membantu meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap barangan/produk peniaga.

8. Pelanggan boleh berhubung terus dengan peniaga dengan sistem 'Live Chat' yang disediakan di dalam Platform JenamaLokal.com. 


Jika anda seorang peniaga dan berminat untuk mengetahui tentang cara mendaftar disini boleh terus ke pautan http://bit.ly/jenamalokal. Jadikan produk anda walaupun sekecil mana mampu setanding dengan produk antarabangsa dan berada dalam platform jualan secara dalam talian yang menjadi kegilaan ramai pengguna di Malaysia. Jangan lepas peluang untuk gandakan jualan anda di JenamaLokal.com.

Anda juga boleh dapat diskaun beli-belah dengan menggunakan kod 'grak0xdg8c' sewaktu membuat pembayaran dilaman JenamaLokal. 

Info lanjut boleh layari sosial media JenamaLokal







8 Julai 2018

SST Tidak Mempengaruhi Penjualan Dalam Talian ShopBack

 
ShopBack, platform Cashback dalam talian yang menggabungkan lebih daripada 500 kedai dalam talian di Malaysia seperti Malaysia Airlines, Lazada, ZALORA, Taobao, Traveloka dan Booking.com, meramalkan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak akan menjejaskan jualan dalam talian secara negatif.


Alvin Gill, Pengurus Besar ShopBack Malaysia menyatakan bahawa sekurang-kurangnya dua acara e-dagang akan berlangsung pada bulan September, iaitu MYCYBERSALE dan 9.9 Rewards Day. Pelanggan boleh menjangkakan cashback yang lebih tinggi serta tawaran produk dari ShopBack dan penjual utama e-dagang dari 3 September, hari pertama MYCYBERSALE hingga 9 September, hari terakhir 9.9. Rewards Day.

Beliau juga menyebut bahawa apabila GST dikeluarkan pada April 2015, ramai rakyat Malaysia beralih dalam talian untuk mencari pilihan yang lebih murah dan menggunakan ShopBack untuk penjimatan tambahan untuk menangani kesan GST dalam pembelian harian mereka. SST mungkin mendorong pertumbuhan jualan dalam talian jika peruncit di luar talian meningkatkan harga mereka apabila pelaksanaan.

Walau bagaimanapun, kami tidak fikir pengguna akan tergesa-gesa untuk membeli sebelum bulan September. Kebanyakan mereka menyimpan sentimen 'menunggu-dan-lihat' sehingga acara jualan dalam talian seterusnya. Kerajaan juga memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa SST tidak akan mencetuskan inflasi1 jadi kami yakin ia tidak akan menjejaskan prestasi e-dagang.

Survay Mendedahkan Rakyat Malaysia Tidak Percaya Iklan Media Sosial


Menurut Alvin, untuk terus menggalakkan perbelanjaan dalam talian, terdapat beberapa titik kesakitan pelanggan yang perlu ditangani sebelum acara jualan besar bermula. ShopBack Malaysia baru-baru ini melakukan tinjauan dengan 300 pelanggan yang membuat pembelian semasa kempen Raya dan mendapati pelanggan mengelakkan membeli:- 

1) Peralatan rumah besar (iaitu TV, mesin basuh)
2) Motor (iaitu minyak enjin, aksesori)
3 ) Insurans dalam talian.

Sejak Februari 2015, ShopBack telah bekerjasama dengan kedai dalam talian untuk menyediakan sehingga 30% cashback kepada pengguna dan membantu mereka menjimatkan lebih daripada RM25 juta. Untuk kempen Raya baru-baru ini, ShopBack mengeluarkan kira-kira RM1 juta tunai dalam tempoh sebulan.

Pada masa ini, lebih daripada 1 juta rakyat Malaysia menggunakan ShopBack untuk pembelian harian mereka. Penjimatan cashback boleh dipindahkan ke akaun bank pengguna setelah pengesahan. Selain Malaysia, ShopBack juga beroperasi di Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Taiwan dan Australia. Bagi dapatkan maklumat lanjut, sila lawati https://www.shopback.my atau ikuti Facebook https://www.facebook.com/ShopBackMalaysia.





2 Ogos 2017

PERINGKAT AKHIR ENERGIZER SHOP IN THE DARK 2017

 
Sepuluh finalis kempen Energizer ‘Shop In The Dark’ 2017 membuktikan mereka adalah yang terbaik bila dicabar membeli-belah dalam gelap dan telah memenangi bonus beli-belah selama lapan minit bernilai RM3,500 sewaktu finale akhir di MYDIN USJ, Subang, hari ini.


Susulan maklum balas memberangsangkan daripada kempen Energizer ‘Shop In The Dark’ tahun lalu, Energizer dengan kerjasama MYDIN, telah membuka pendaftaran bagi Energizer ‘Shop In The Dark’ 2017 sepanjang April dan Mei lalu. Bagi mencapai lebih ramai pengunjung MYDIN dan pengguna Energizer di seluruh negara, Energizer memperkenalkan tiga cara berbeza bagi pendaftaran masuk yang termasuk satu siri jelajah cabaran Realiti Maya (VR), penyertaan melalui pos dan peraduan digital Facebook. Siri jelajah cabaran VR berkenaan memberikan kelainan bagi membeli-belah dalam gelap menggunakan mesin VR di empat negeri – Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor pada Mei lalu.

“Kami menerima sambutan tidak dijangkakan di seluruh Semenanjung Malaysia dan kami berterima kasih kepada pengguna Energizer dan pengunjung MYDIN atas sokongan dan kerana memilih Energizer sebagai solusi pencahayaan dan tenaga. Ini adalah tahun kedua kami menganjurkan kempen Energizer ‘Shop In The Dark’ dengan kerjasama MYDIN. 

Pengenalan kepada elemen realiti maya bagi cabaran ‘Shop In The Dark’ 2017 di stor MYDIN terpilih memberikan pengalaman baru dan mencabar bagi membeli-belah dalam gelap. Kami mahu mengucapkan tahniah kepada finalis hari ini. Para finalis ternyata gembira dengan manfaat yang diperoleh daripada bateri Energizer Max yang kini 8x lebih lama sepanjang sesi beli-belah dalam gelap yang menyeronokkan di dalam MYDIN,” kongsi Encik Lee Kim Chye, Pengarah Perniagaan Energizer (Malaysia dan Singapura).


“MYDIN teruja dapat jadi sebahagian daripada kempen interaktif untuk pengunjung dan pengguna Energizer dengan kerjasama Energizer, sekal lagi. MYDIN dan Energizer telah bekerjasama rapat selama lebih 30 tahun dan kempen ‘Shop In The Dark’ 2017 diharap dapat meneruskan kerjasama perniagaan yang lama dalam cara yang semua orang dapat nikmati,” kata Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN, peruncit terbesar dan sudah lama bertapak milik Malaysia membabitkan perniagaan borong dan runcit.

Sepuluh finalis telah terpilih untuk peringkat akhir bagi kempen Energizer ‘Shop In The Dark’ 2017 membabitkan empat pemenang daripada cabaran siri jelajah, lima pemenang daripada penyertaan melalui pos dan satu pemenang daripada peraduan Facebook. Mereka telah menerima bonus sesi beli-belah lapan minit bernilai RM3,500 setiap satu dan telah menjelajah lorong-lorong MYDIN USJ, Subang Jaya di dalam gelap dengan menggunakan troli beli-belah dan lampu kepala Energizer. 

Bateri Energizer, barang runcit dan produk lain diambil daripada rak apabila pemenang memenuhkan kereta sorong dengan apa saja yang diingini, mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Pada penghujung sesi beli-belah ini, kesemua barangan di dalam kereta sorong itu dibayar sepenuhnya sehingga RM3,500 oleh Energizer.

Sepuluh pemenang kempen Energizer ‘Shop In The Dark’ 2017 berkenaan adalah:
•    Salmah Binti Ahmad
•    Mohamed Shahrom Bin Hisham
•    Mohd Fariq Bin Salehudin
•    Loh Chee Hui
•    Hamdan Bin A. Samad
•    Christine Kok
•    Mohd Abdul Rahim Bin Abu Bakar
•    Leong Wei Kee
•    Lizawati Bin Bskri
•    Mohd Fakri Bin Ghazali

“Ia adalah pengalaman menggembirakan buat saya. Tidak saya sangka akan menjadi antara 10 finalis acara ini. Saya suka membeli-belah dan kempen Energizer ‘Shop In The Dark’ 2017 ini membolehkan saya melakukan apa yang saya suka dengan keseronokan dan cabaran melakukannya di dalam gelap. Memang sukar mengenal pasti lorong dan produk yang betul pada mulanya tetapi terima kasih kepada lampu kepala Energizer dan bateri Energizer Max, kerana membantu saya mencari jalan dalam pasar raya besar MYDIN,” kata Mohd Fariq Bin Salehudin dari Ampang, Selangor yang pulang dengan produk-produk bernilai sebanyak RM3,500.






Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter