Total Pageviews

August 16, 2017

ShopBack Memanjangkan Hari Cashback 9.9 Tawaran Komprehensif E-Dagang di Malaysia

Posted by   on

ShopBack Malaysia, peneraju platform pulangan tunai (Cashback) e-dagang hari ini mengumumkan sambutan kali ketiga Hari Cashback 9.9 akan diadakan dari 21 Ogos hingga 9 September, dipanjangkan dari satu minggu kepada tiga minggu melihatkan kepada perkembangan terbaru trend servis dalam talian dan kepelbagaian produk yang ditawarkan di dalam negara.

“Dalam pertengahan suku ketiga 2017, ShopBack Malaysia telah menyambut sekitar 20 rakan niaga termasuk Uniqlo Online dan Digi Postpaid, peningkatan sebanyak tiga kali ganda jumlah rakan baru berbanding suku sebelum ini. Tambahan lagi, kami juga melancarkan dua kategori baru iaitu Insuran serta Pelan Internet dan Mudah alih di platform kami. Di samping pilihan produk dan servis yang pelbagai, kami gembira untuk melanjutkan Hari Cashback 9.9 selama tiga minggu dan percaya ia akan dirangsang oleh Sukan SEA dan semangat Hari Kemerdekaan bulan ini,” kata Alvin Gill, Pengurus Besar ShopBack Malaysia.


Beliau mengaitkan letusan perniagaan e-dagang ini kepada sokongan dan usaha berterusan oleh kerajaan. “Di Malaysia, pembeli dapat menilai dan melanggan pelan internet berbeza dalam talian, malah dapat membeli insuran di masa lapang mereka melalui HLATouch (Hong Leong Assurance). Ini tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan dari agensi seperti Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), pencetus e-dagang di dalam negara yang berjaya mengumpulkan syarikat e-dagang dan memudahkan inisiatif B2B untuk mengukuhkan pertumbuhan pasaran."

Bagaimanapun, beliau juga menyatakan masih terdapat jurang antara pengetahuan pengguna dan servis yang disediakan, kerana masih ramai yang tidak tahu mereka boleh menempah meja makan di restoran dalam talian dan mendapat diskaun segara dalam bil makanan, atau menyewa lori menerusi thelorry.com.

“Tahap kesedaran ini boleh ditingkatkan menerusi usaha promosi dan kempen seperti Hari Cashback 9.9 serta #MYCYBERSALE yang akan datang. Hari Cashback 9.9 adalah acara tahunan yang kami adakan untuk meraikan kehadiran ShopBack di rantau ini bersama 20 rakan niaga teratas kami dari Elektronik, Fesyen, Makanan, Pelancongan, dan pelbagai kategori lain yang menawarkan sehingga 99% Cashback kepada pengguna di Malaysia. Kami tidak sabar untuk membentuk semula idea membeli-belah dalam talian dan Menjuarai Cara Lebih Pintar dengan menonjolkan pelbagai cara lebih baik untuk menjalani kehidupan seharian, melancong, berbelanja, dan makan tahun ini.”

Kempen bertema untuk menarik minat pembeli dengan minat khusus


Di samping 99% Cashback, pembeli juga boleh menjangkakan tawaran luar biasa dari RM0.99 ke atas, tawaran kilat eksklusif dan kupon dari stor online seperti Lazada dan Qoo10, Super Cashback RM999 di dalam telefon pintar pada masa sambutan terakhir, ditambah lagi dengan PhotoBook mini 6 x 6 berkulit lembut percuma untuk setiap pembeli.


Mengulas tentang tip untuk menggunakan faedah Cashback, Muhammad Syafiq, salah seorang yang kerap membeli-belah menyatakan, “Jika anda pernah mendengar pepatah Melayu ‘Sikit-SIkit, Lama-Lama Jadi Bukit’ – itulah cara bagaimana saya dapat menampung belanja perjalanan keluarga saya beberapa kali menggunakan jumlah yang dikumpulkan menerusi Cashback yang saya perolehi. Saya gembira Cashback dapat diadakan di Malaysia oleh ShopBack dan dalam keadaan ekonomi yang mencabar hari ini, penjimatan tunai seperti ini dapat membantu suatu hari nanti.”

Menurut data ShopBack Malaysia, pengguna dalam talian tempatan mereka telah memperolehi penjimatan sebanyak RM13.5 juta menerusi web dan aplikasi ShopBack hingga kini, dengan pengguna tertinggi menerima RM19,375 Cashback sejak 2015.

Sambutan Hari Cashback 9.9 akan dimulakan oleh rakan niaga pelancongan dan pengangkutan ShopBack Malaysia - AirAsiaGo, Booking.com, Expedia, Malaysia Airlines – dari 21 hingga 23 Ogos kerana ia adalah kategori paling popular bagi pengguna tempatan. 

“Pendekatan bertema ini membolehkan kami untuk fokuskan capaian kami kepada pembeli dengan minat tertentu. Sebagai contoh, keluarga dengan kanak-kanak akan lebih berminat untuk membeli barangan dalam kategori rumah dan kanak-kanak. Kami berharap dapat menggunakan kempen bertema ini untuk mendidik pengguna menggunakan servis lain yang terdapat di platform kami. Ini dapat membantu mereka untuk menjalani kehidupan seharian, melancong, berbelanja, dan makan dengan lebih pintar kerana mengoptimumkan masa mereka sambil menerima diskaun dan Cashback dari kami,” tambah Alvin. 

Negara-negara lain yang turut mengadakan sambutan Hari Cashback 9.9 adalah Indonesia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand. Di Malaysia, ShopBack bekerjasama dengan lebih 500 rakan niaga antarabangsa dan tempatan termasuk Fave, Hermo, honestbee, Grab, Senheng, Uber, dan Zalora untuk memberi ganjaran kepada pembeli dengan memberi semula sebahagian pembelian mereka dalam bentuk tunai setiap kali membeli-belah. Sejak Mei 2017, mereka juga telah memperkukuhkan sistem pembayaran dengan melaksanakan OTP (satu kali kata laluan) untuk proses pembayaran yang lebih selamat.

Untuk perkembangan terkini, sila lawati laman web ShopBack Malaysia https://www.shopback.my atau ikuti Facebook Page rasmi.







No comments:
Write comments

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter