Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Telephone. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Telephone. Papar semua catatan

28 November 2016

Rakyat Malaysia Menjadi Tidak Tenteram Bila Tiba Tarikh 11.11

 
Apa yang misterinya tarikh 11.11 yang menjadikan rakyat Malaysia tidak senang duduk. Makcik-makcik dan akak-akak asyik mengadap PC dan handphone jer 8 jam tak keluar makan dan pergi tandas pada tarikh tu. Bertambah gelisah bila tidak dapat membukanya pada tarikh tersebut. Jadi resah sekiranya tidak dapat menikmati keseronokan pada tarikh tersebut.


Itu yang telah menjadi fenomena kepada rakyat Malaysia bermula tarikh 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016. Online Revolution membawa wabak kepada kaki shopping online dalam talian Lazada.com.my. Jualan harga runtuh untuk rakyat Malaysia sempena hujung tahun ini membuatkan kad kredit anda tidak akan henti transaksi.


Online Revolution membawakan 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa serta lebih 500 ribu produk untuk dimiliki. Wow sapa tak rambang mata dengan promosi diskaun sehingga 70% bagi sesetengah barang. Rasa tangan ni menggeletak jer nak layari laman web Lazada setiap hari untuk dapatkan tawaran ini.


Bermula tarikh tu ada pelbagai produk daripada pampers pakai buang sehingga kepada produk sebesar peti ais ada dijual di Lazada dengan harga murah. Saya pun terus terjebak dengan beli satu telephone pintar ini sebab harganya sangat-sangat murah jauh daripada harga dipasaran. ZTE Blade V7 Lite Gold ni telah jadi milik saya hehehe.



Tu baru satu hari belek-belek Lazada ni kalau dah hari-hari ada promosi memang setiap hari satu baranglah saya akan beli. Kalau tak ada cash di bank jangan risau boleh guna kredit kad korang dan nanti hujung bulan bayar lah balik duit yang guna tu jangan tangguh tau. Tips yang saya guna untuk beli secara online sebab tu selalu boleh dapat yang murah dan latest.


Selain beli-belah secara lebih murah korang juga berpeluang dapat hadiah istimewa daripada rakan partner mereka. Korang berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa 'Online Revolution' 2016 berlangsung ini. Tunggu apa lagi cepat rebut sekarang saya nak terus lagi membeli ini. Selamat bershopping semua.




2 November 2016

Reka Dan Tempah Casing Phone Anda Sendiri Dengan Harga Murah Dan Penghantaran Percuma

 
Sekarang lebih mudah korang boleh abadikan gambar kenangan di casing telefon. Selalu kita nak beli casing kena pergi kedai telefon dan kadang-kadang design yang ada tidak memenuhi kehendak kita. Tapi kali ni kita boleh design apa sahaja gambar dan bentuk untuk pastikan telefon kita lebih menarik.


Melalui laman facebook ini segalanya ada di sana. Korang boleh letak apa sahaja gambar untuk dijadikan casing telefon. Malah gambar keluarga mahupun gambar orang tersayang mampu hiasi phone anda sekarang.


Hanya senarai phone ini sahaja yang ada buat masa sekarang sedia untuk di tempah :-

Samsung  Note 2 | Samsung  Note 3 | Samsung  Note 4 | Samsung  Note 5
Samsung S3 | Samsung S3 Mini | Samsung S4 | Samsung S4 Mini | Samsung S5 | Samsung S6
Iphone 4 | Iphone 5/5s | Iphone5c | Iphone 6+ | Iphone 6s | Iphone 6

Jadi mana satu telefon korang kalau ada boleh tempah sekarang. How to order ikut step ini ok. 
Langkah 1 : LIKE dan SHARE link ni di Facebook anda - http://bit.ly/2eUpo9J.
Langkah 2 : WhatsApp foto pilihan anda ker 019-9.858.151.
Langkah 3 : Bayaran dibuat selepas menerima pengesahan.
Langkah 4 : Terima casing telefon anda dalam masa 3-5 hari bekerja selepas confirm design
.


Terma dan syarat:
· Tawaran sah sementara stok masih ada.
· Tawaran sehingga 30 Nov 2016.
· Tawaran adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Korang juga boleh buat tempahan casing terus ke laman facebok dan juga laman web mereka. Tapi di sana tak ada promosi harga runtuh macam ni. Menarik bukan sekarang casing phone pun boleh design sendiri. Casing mereka juga menggunakan bahan yang kuat dan tahan lama. Tengok design yang saya buat ni nampak tebal dan kukuh bukan.


Jadi harga yang di tawarkan sangat berbaloi kerana kos penghantaran adalah percuma bagi semenanjung Malaysia. Order sebanyak yang boleh dan jadikan kenangan pada casing phone anda.

Tempahan dan pertanyaan :-
Tel / Whatsapp:  019 985 8151





12 Oktober 2016

Pixel Telefon Pertama Keluaran Google Jauh Lebih Mahal Dari iPhone Baru

 
Google melancarkan telefon pintar baru Pixel ketika ia cuba menandingi iPhone melalui telefon bimbit berharga premium jenamanya sendiri.


Telefon pintar Pixel boleh didapati dengan paparan 5 inci atau 5.5 inci, bermula dari AS$649 untuk pelanggan di Amerika Syarikat (AS), harga yang lebih kurang sama dengan model iPhone terbaru.

Pra-pesanan telah bermula pada Selasa di Australia, Kanada, Jerman, Britain dan AS.

Dengan menghasilkan perkakasan dan perisian Android, Google memberi cabaran secara langsung kepada Apple dan ekosistemnya yang dikawal ketat.


Tampil sebagai telefon pintar pertama menggunakan Google Assistant, ia mempunyai simpanan tanpa had untuk gambar dan video, serta serasi dengan Daydream, platform realiti maya syarikat itu.

Pixel juga mempunyai program khas untuk memudahkan pengguna menukar sistem operasi, contohnya dari iPhone ke Android, dengan hanya memindahkan kenalan, kandungan dan juga iMessages.






24 September 2016

8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8

 
Time dah gaji ni rasa nak beli phone baru nak gantikan yang dah lama ni.


Nak cari phone murah dan canggih tapi jenama apa yer? 

Nak beli kat mana pulak yek?

Yerrr! Boleh beli online kat Lazada ala 'Effortless Shopping' online paling banyak barang dan promosi hebat-hebat. Dengar kata Lazada akan mengadakan Lazada's My Cybersale tak lama lagi. Tapi tu nanti saya cite kat last sekali macam mana korang boleh beli macam-macam dengan promosi gila-gila. Kat Lazada juga ada jual phone jenama Honor 8, macam best tapi apa yang menariknya phone ni.


Kenapa mesti Honor 8?


Jom selongkar apa yang boleh buatkan korang rasa nak dapatkan telepon Honor 8 ini sekarang juga.

1) Penampilan elegant dan maskulin


Bagi seorang lelaki yang mengutamakan penampilan bukan sahaja diri tapi juga aksesori yang dibawa setiap hari termasuklah phone. Jadi dengan Honor 8 ini gaya dan rekabentu yang licin, elegen dan ergonomik memukau sesiapa yang memandangnya.


So kalau bawa phone ni kemana-mana sahaja rasa yakin dan lebih nampak penampilan diri seorang yang modern. Suka tengok warna baru phone ni terutama warna biru atau gold lebih menonjol.

2) Rakam dan videokan memori terindah


Bagi saya yang memang suka ambil gambar pemandangan terutama yang cantik dan menarik dan simpankan dalam telepone. Itu menjadi perkara utama yang dititik beratkan bila nak beli phone mestilah kameranya. Kamera depan dan juga belakang mesti lebih tajam dan lebih cantik bila gambar diambil.



Sebab tu phone Honor 8 ini dicipta dengan 12MP kamera belakang dan 8MP kamera depan untuk selfie bagaikan seorang bintang. Kalau lelaki mereka lebih suka untuk ambil video jadi bila kamera ada auto-focus dan juga profesional mode lagi video lebih cantik dan kemas. 

3) Rasa Selamat dan rasa yakin 



Keselamatan data dan juga apa sahaja yang disimpan dalam phone juga kena dilindungi. Dengan fungsi fingerprint 0.4 second unlock dibelakang phone ia akan memberi keselamatan lebih kepada phone dan segala isi dalamnya. Tak perlu nak ingat-ingat password lagi hehehe. 

4) Lebih pantas lebih banyak boleh buka


Dunia bergerak pantas dan segala kerja mesti dilakukan dengan pantas dan cepat. Termasuklan untuk mengakses file atau internet. Jadi dengan Honor 8 ini mereka menggunakan 2.3 GHz octa-core CPU dan juga 4GB RAM yang lebih hebat seperti bermain game.


Kelajuan dalam membuka file dan menggunakan banyak apps dalam satu masa kini bukan halangan untuk tidak bertindak lebih daripada biasa. Jadi hidup lebih mudah kerja lebih cepat dengan phone ini.


5) Kuasa bertahan lebih lama 


Kalau laju pun tapi cepat kaput tak guna juga bukan. Biar phone kita boleh digunakan dalam masa yang maksimum tertutama dalam waktu kecemasan. Kalau phone beteri asyik habis jer susah juga tambahan pula bateri meletop lagi bahaya.


Dengar cite bateri Honor 8 ini boleh tahan sehingga 1.22 hari untuk penggunaan yang kerap.  Kerana masa mencemburui kita setiap hari fungsi fast-charge boleh cecah 47% kuasa dalam pengecasan selama 30minit sahaja cepat bukan.

6) Kepintaran menguasai diri 


Lagi penting adalah akses internet yang tiada batasan bila-bila masa. Dalam phone ni bila korang tengok betul-betul manualnya ada tambahan Smart dual-band WiFi Support yang ia boleh switch pada frekuensi 2,4 GHz atau 5 GH.


Juga fungsi Smart Control 4.0 bagaikan ada seorang pembantu rumah yang memudahkan kerja korang. Dimana korang boleh kawal lebih daripada 5000 jenama barangan elektrik dirumah hanya dengan melalui kawalan phone. Seperti mengawal tv dan juga aircond, jadi kalau hilang remote boleh guna phone Honor 8 untuk remote semua barangan di rumah anda. 

7) Kemerduan dan ketajaman menghiburkan 


Tak seronoklah kalau tidak dapat mendengar dan menonton movie di phone dengan sound yang hebat, betul tak. Phone ini ada high-quality speaker untuk aktiviti yang paling disukai oleh orang lelaki.


Satu lagi kalau kita gunakan fungsi hand-free ketika bercakap sambil memandu tiada sebarang gangguan bising atau suara yang putus kerana mereka menggunakan high-gain microphone yang memastikan perbualan terus lancar walau apa sahaja yang korang buat.

8) Pandangan lebih sihat 


Kita hari-hari mesti pandang phone tak kisah la walaupun tiada apa-apa kerja sekali pun mesti nak mengadap phone lebih dari mengadap isteri sendiri. Jadi kesihatan mata akan terganggu dengan pandangan yang kerap terhadap skrin phone betul tak.



Tapi dengan teknologi eye-care mereka mempunyai kuasa mengeluarkan cahaya biru yang mengurangkan ketegangan mata bagi mereka yang setiap masa mengahadap telepone terutama kaki game dan juga kaki movie seperti saya. 

Kat mana nak beli phone ni?


So rasanya 8 sebab ini dapat membantu saya dan juga memberi pengetahuan kepada korang untuk membuat pilihan membeli telepone Honor 8. Cuma sekarang harga lah pula menjadi penilaian bukan. Sekali lagi diingatkan ada promosi sempena dengan :-

Lazada's My Cybersale 

Berlangsung pada 26-30 September 2016




Dapatkan cepat sementara stok masih ada.






11 September 2016

Note 7 Diharamkan Dalam Semua Penerbangan MAS Termasuk Kurier Kedalam Dan Luar Negara

 
Malaysia Airlines (MAS) telah mengeluarkan kenyataan larangan penggunaan telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 kepada semua penumpang pesawat penerbangannya berkuat kuasa serta merta.


Selain kenyataan menerusi media, pengumuman larangan penggunaan telefon pintar tersebut turut dimaklumkan oleh kru penerbangan ketika taklimat keselamatan sebelum berlepas dan sepanjang penerbangan.

Menurut pihak MAS, keselamatan penerbangan dan penumpang menjadi keutamaan berhubung larangan itu.

Selain penggunaan ketika berada di dalam kabin, MAS juga tidak membenarkan Samsung Galaxy Note 7 dibawa di dalam bagasi yang didaftar masuk.


Atas dasar keselamatan juga, pihak MAS tidak membenarkan perkhidmatan penghantaran kurier gajet berkenaan sehingga notis terbaharu dikeluarkan. Selain MAS terdapat juga beberapa syarikat penerbangan dunia seperti Singapore Airlines, Qantas and Virgin Australia telah mengambil tindakan seperti ini. 

Ini semua berikutan dengan isu bateri Samsung Note 7 yang meletup menjadi viral seluruh dunia dan juga penarikan balik jualan telepon itu sementara waktu oleh pihak Samsung sendiri.



*Sumber berita Awani





3 Ogos 2016

Kenapa Tiada Note 6 Tiba2 Keluar Galaxy Note 7

 
Apa yang anda dapat apabila anda mengambil skrin melengkung Samsung Galaxy S7 Edge dan menambah stylus? Galaxy Nota 7, yang Samsung melancarkan Ogos 2 di New York.


Betul, Samsung melonjak terus dari Nota tahun lepas 5 dengan Nota 7. Dan itu sedikit pelik, tetapi cukup mudah untuk membalut otak anda sekitar kerana Nota 7 ini skrin dibentuk, kamera 12 megapiksel, penyimpanan diperkembangkan dan lapisan kalis air membawa ia lebih dekat dengan siri S7 tahun ini daripada Nota tahun lepas. Sejak Galaxy S7 dan S7 Edge adalah dua daripada telefon terbaik tahun ini, dengan kamera yang sangat baik dan hayat bateri, itu bukan keturunan yang tidak baik.

Samsung Galaxy Note 7 Yang Selamat Untuk Dibeli Di Sini 

Daripada apa yang saya lihat setakat ini, Nota 7 jatuh sejajar sebagai, peranti yang hebat berkuasa tinggi yang helah stylus mengambil Nota untuk peringkat seterusnya. Di atas kertas, ia membetulkan kekurangan terbesar Nota 5, walaupun kita perlu menguji sepenuhnya telefon untuk mengesahkan ini. Dan jika anda telah membeli sebuah S7 atau S7 Edge, jangan bimbang - tidak ada perubahan yang cukup untuk meninggalkan anda di belakang pada ciri-ciri teras telefon anda.


Berikut adalah perbezaan antara Nota 7 dan Nota 5: 

 Skrin melengkung (lebih tajam, landai kurang daripada Edge S7)
    USB-C port pengecas (telefon pertama Samsung untuk menerima pakai standard yang baru)
    Iris pengimbas untuk membuka kunci telefon dengan mata anda
    Gorilla Glass 5 skrin (telefon pertama dengan teknologi skrin baru Corning)
    Lebih sensitif, S Pen stylus tepat
    badan telefon tahan air dan S Pen
    slot kad MicroSD (seperti telefon S7)
    bateri yang lebih besar (3500 mAh berbanding Nota 5 3,000 mAh)
    Better kamera cahaya rendah
    New helah S Pen, seperti pembesaran dan GIF membuat
    Stylus tidak akan terjebak jika anda jem ia mundur;
    Blue Coral pilihan warna (ia besar)

Di sini adalah bagaimana Nota 7 dibandingkan dengan S7 Edge:


Jadi - jika S7 Edge dan Nota 7 hampir kembar perkakasan, yang Nota 7 untuk? pengguna kuasa. Samsung mensasarkan orang-orang yang mahu telefon dengan barang-barang yang paling, dan Nota ini meluncur stylus dan penulisan tambahan, lukisan dan alat navigasi memberikan semua perkara.

Harga memainkan peranan yang besar dalam sama ada atau tidak anda perlu mendapatkan telefon (lihat di bawah). Nota biasanya yang paling mahal dalam barisan Samsung, dan ia adalah Pen S yang anda bayar. Dengan S7 dan S7 Edge pilihan stylus-kurang sebagai benar-benar sama yang lebih besar, saya tertanya-tanya jika Nota 7, sejuk seperti itu, akan menggulung menjadi telefon terlalu banyak untuk semua tetapi penagih stylus paling bersemangat.

Nota 7 adalah mahal ia adalah salah satu daripada telefon Samsung yang paling mahal kerana ia membina begitu banyak kira model Samsung yang lain. Di Amerika Syarikat, anda sudah boleh preorder Nota 7 dalam Coral Blue, Black Onyx dan Perak Titanium, tetapi bukan emas. A pembawa Beberapa telah mengumumkan penetapan harga serta promosi pakej di mana anda boleh memilih Gear Fit 2 atau kad memori 256GB.






Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter