Tarikh 15 Jan 2020 adalah hari yang dinantikan oleh hampir 15Juta rakyat Malaysia yang layak untuk menebus enesiatif e-Tunai Rakyat yang diumumkan dalam belanjawan negara 2020 tahun lepas. Ini dalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan aplikasi e-dompet dan menyahut seruan kerajaan untuk kearah negara cashless.
Namun masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak tahu tentang peluang ini dan tidak mengetahui cara untuk menebus e-Tunai ini. Sebelum anda boleh mendapatkan kredit anda pada RM30, terdapat tiga syarat untuk syang perlu dipenuhi melayakkan anda menebus wang ini
1) Berusia 18 tahun keatas
2) Jumlah pendapatan tahunan kurang daripada RM100k
3) Mestilah warganegara Malaysia yang sahih
Sekiranya anda memenuhi tiga kateria ini maka anda layak untuk membuat penebusan dengan hanya menggunakan tiga aplikasi e-dompet yang disenaraikan sahaja. Anda mesti memuat turun aplikasi GrabPay, Boost atau Touch 'n Go eWallet. Anda perlu tahu hanya boleh melakukan sekali sahaja penebusan pada salah satu daripada aplikasi yang disebutkan, jadi pilih dengan bijak.
Ada juga yang masih tidak tahu macam mana nak menebus e-Tunai Rakyat ini. Setelah anda memuat turun salah satu aplikasi yang disenaraikan itu. Anda perlu mendaftar dan membuat pengesahan identiti iaitu dengan mengambil gambar kad pengenalan anda yang sah. Kemudian anda perlu juga mengambil gambar anda bersama dengan kad pengenalan warga negara Malaysia untuk pengesahan kedua.
Setelah anda membuat langkah-langkah ini barulah akaun anda akan diaktifkan dan anda layak untuk memohon e-tunai tersebut. Pastikan gambar anda jelas dan juga tidak menggunakan kad pengenalan orang lain. Tapi pastikan juga anda membaca terma dan syarat yang diletakkan kerana segala maklumat dan detail yang anda maksukkan itu akan menjadi hak e-dompet tersebut. Setiap penebusan akan mengambl tempoh masa jadi mungkin akan lewat tapi kebanyakkan orang sehari sudah dapat duit tu akan terus ditunai dalam aplikasi anda.
Tapi ingat setelah anda berjaya membuat penebusan e-tunai rakyat itu anda perlu menggunakan duit tersebut sehingga atau sebelum 14 Mac 2020 sahaja. Sekiranya tidak wang tersebut akan luput dan tidak boleh digunakan lagi. Jadi buat pilihan bijak dan guna dengan baik walaupun sikit ia dapat membantu juga. Ini kerana kebanyakan e-dompet ini telah boleh digunakan selain untuk membeli barang di kedai atau pasaraya, ia juga boleh digunakan untuk membeli secara online. Juga ada sesetengah orang menggunakannya untuk membayar bill dan juga membuat pembayaran tol. Banyak kebaikannya.